Connect with us

Hiburan

“Yg kemas semua Ain, yg rembat semua Amirul” – Ain Edruce

Published

on

Erinsakura Aafbd18b0df64c4ea3dedebb9ae18b81

Sebut sahaja nama pengacara Ain Edruce pastinya akan terbayangkan telatah lucu Ain Edruce bersama suaminya Amirul Hafiz. Saluran Youtube pasangan berkenaan sering memaparkan video gelagat lucu mereka berdua dalam menjalani kehidupan berumahtangga seharian. Adakalanya apabila mereka berdua tidak sependapat menyebabkan suaminya Amirul sering beralah kepada isterinya itu. Kehidupan mereka kini semakin meriah dengan kehadiran cahaya mata sulung iaitu Soraya sekitar Mei yang lalu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Amirul yang mendirikan rumahtangga bersama Ain pada 13 Disember 2019 adakalanya kerap kali muncul di media sosial milik isterinya telah mengundang tumpuan para peminat yang kasihan namun terhibur melihatkan reaksi yang diberikan Amirul. Amirul dilihat sentiasa kelihatan pemalu dan blur ketika terpaksa melayani pelbagai permintaan isterinya itu.

Erinsakura Bb2c533e6c943e7ea29856e91f0b4199

Ain Edruce begitu terkenal dengan sikap gila-gila dan masuk airnya dan umum memang mengetahui karakter Ain yang sentiasa happy go lucky dan sering terhibur dengan gelagatnya. Namun berlainan pula dengan suaminya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, Amirul mungkin tidak begitu terdedah dengan dunia hiburan dan kurang mahir dalam memberikan reaksi.

Namun begitu hubungan pasangan suami isteri ini bagai saling melengkapi apabila Ain dengan karakter beliau yang masuk air manakala Amirul pula agak pendiam. Ain bersyukur kerana Amirul sangat memahami dan menyokong dirinya dalam kerjaya.

Erinsakura 2ee491b9e1661bbf44313b96884ec0ab

Pengumuman oleh kerajaan sejak hari isnin bersamaan 11 Oktober yang lalu dalam memberikan kebenaran untuk merentas negeri telah memberikan kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini menantikan berita gembira berkenaan.

Ramai yang menyambut baik berita berkenaan kerana telah lama merindui keluarga masing-masing yang telah lama terpisah. Tidak kurang juga yang ingin meluangkan masa dengan keluarga pergi bercuti. Buat pasangan Ain Edruce dan suaminya Amirul, mereka mengambil kesempatan tersebut untuk keluar bercuti ke Langkawi.

Erinsakura 28f24f7025fca35fc62ae193951002b4

Adakalanya pelbagai gelagat yang boleh di saksikan semasa bercuti dan mendaftar masuk ke hotel. Berkongsi gelagat berkenaan, menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Ain mendedahkan gelagat beliau sekeluarga semasa mereka dalam proses untuk mendaftar keluar daripada hotel di Langkawi dimana beliau mendapati beberapa barangan kelengkapan di bilik air yang dibekalkan secara percuma oleh pihak hotel telah hiilang semasa beliau membuat semakan terakhir di bilik hotel.

Selain daripada memastikan bilik hotel kemas sebelum mendaftar keluar, Ain turut menyemak barangan lain bagi mengelakkan tertinggal barangan berharga di hotel namun mendapati “free gift” yang dibekalkan oleh pihak hotel telah tiada.

Beliau terus bertanyakan perkara tersebut kepada suaminya Amirul namun suaminya menafikan perkara tersebut dan berkata bahawa Ain yang mengambil barangan “free gift” berkenaan dan memasukkan barangan “free gift” di dalam beg mereka dan bukanlah sebaliknya.

Erinsakura Cc43d95d927edd9301cc758643cb7f62

Mengenali sikap Ain yang “masuk air” itu, pengacara berkenaan memang suka benar menyakat suaminya. Menulis caption meminta para pengikut akaun Instagram jujur melakukan perkara sama, ramai netizen juga berkongsi pengalaman yang sama seperti pasangan tersebut.

Berkongsi perkara yang sama di ruangan komen, netizen juga mengakui bahawa mereka juga ada melakukan perkara tersebut. Berikut merupakan antara pengalaman yang ditulis dan dikongsikan oleh warganet di ruangan komen terhadap perkongsian video oleh Ain itu.

Erinsakura 13bf5c79136a448fb6970910678746be

“Simpan konon buat koleksi pastu belambak berhabuk bebulan2 bila time mengemas buang buang buang “ – Netizen

“ahahahaha mula2 suka ain.. pastu bila tgk mirul camni, tiber suka mirul pulak  suka dgn pangai slumber dia .. nmpk muka bersahaja tapi kelakar” – Netizen

“Husband aku baru check in dah rembat semua masuk beg. Kasut pun tak sempat bukak dia dh rembat yg free2 gift tu. Pas tu mereput la benda free gift tu dlm beg” – Netizen

Erinsakura Bf11b6821118427718140b87f911588a

Sudah lumrah apabila mendirikan rumahtangga bersama artis dan seseorang yang dikenali ramai seperti Ain, kehidupan rumah tangga golongan akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Apatah lagi, apabila aktiviti bersama suami atau isteri turut dikongsikan di media sosial. Namun begitu pujian harus diberikan buat Amirul kerana warganet telah melihat perubahan yang positif dan ketara pada Amirul apabila kini menjadi lebih santai dan kelakar semasa melayani kerenah isterinya itu.

Sumber: ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!