Connect with us

Hiburan

“Fazura bgmbr dgn suami xde bersentuhan lbh2 tp tetap nmpk romantik” – Netizen

Published

on

Erinsakura 90fcd1acffdc5e1d52b9399328711f0e

Nama Nur Fazura sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia. Bermula dengan beberapa iklan komersial, beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi filem Bicara Hati kemudiannya filem Gol dan Gincu bergandingan dengan arwh Ashraf Sinclair ketika itu. Kejelitaan pelakon ini terus mendapat perhatian meluas media dan para peminat. Malahan beliau juga di nobatkan oleh para peminat merupakan antara pelakon wanita yang mempunyai wajah yang jelita dan bergaya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Tidak hanya berbekalkan wajah jelita, beliau juga mempunyai bakat dalam nyanyian apabila pernah muncul dengan beberapa lagu sebelum ini. Antaranya ialah lagu Hncur Aku berkolaborasi dengan kumpulan Estranged.

Erinsakura C6e637ba56b952718397dad0b7916785

Fazura bertemu jodoh dengan juara hero remaja iaitu Fattah Amin setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura. Pasangan FattZura juga mempunyai para peminat dan pengikut mereka yang tersendiri.

Fazura dan Fattah mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Erinsakura B3e93fd7caf775ecbe5d6f35cdd4ecb2

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan pelakon jelita ini semakin sopan dan menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu. Sejak bulan Ramadhan yang lalu, beliau di lihat sering mengenakan tudung malahan meminta para peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Walaupun tidak pernah membuat pengumuman mengenai penghijrahan beliau namun sejak Aidil Adha yang lalu suaminya Fattah telah mengesahkan bahawa isterinya itu telahpun berhijab secara kekal.

Menjengah ke Instagram Fazura, ibu Nur Fatima Aisya itu telah berkongsi gambar terkini bersama suaminya Fattah mengumumkan bahawa mereka telah terpilih menjadi duta kepada Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Fazura yang berbesar hati dengan perlantikan berkenaan mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan suami untuk menggalas tanggungjawab baru menjadi duta hotel berprestij tersebut.

Erinsakura 78daeb97c95ad79caacca206653e8b02

Kelihatan di dalam gambar yang dikongsikan oleh Fazura di instagramnya, beliau bergambar bersama suaminya itu tanpa melibatkan babak bersentuhan yang berlebihan. Malahan keduanya dalam kedudukan yang professional dalam menjayakan gambar bagi tujuan promosi tersebut.

Walaupun bergelar pasangan suami dan isteri, namun mereka tidak memaparkan kemesraan secara berlebihan di dalam gambar berkenaan. Hal tersebut telah menarik perhatian netizen yang kagum dengan cara mereka berdua bekerja bersama.

Erinsakura Fc5b9c7766e70c6d861a9f791f442d9a

Menjengah keruangan komen, netizen memuji pasangan tersebut dengan berkata walaupun mereka berdua bergambar tanpa bersentuhan namun pasangan itu tetap kelihatan romantik berdua.

Rata-rata netizen dan rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas perlantikan mereka berdua sebagai duta hotel berkenaan. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Erinsakura 1fbb0ebe38c014d3302dfa6545526b4d

Sehingga kini gambar- gambar yang dikongsikan pasangan ini telah menerima sebanyak 74364 tanda suka daripada netizen dan dihujani ucapan tahniah daripada para peminat mereka.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut terjual kesemuanya dalam tempoh hanya beberapa minit.

Sumber: ig nur fazura

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!