Connect with us

Hiburan

“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen

Published

on

World Wide24.com B6e691af1fa0c38b12de5b0a77f28963 Scaled

Siapa masih ingat dengan kanak kanak paling cantik di dunia Dhuha Sofea, kini adiknya juga sangat comel cantik dan bijak seperti kakaknya dhuha. Kelahiran mereka ini hasil perkahwinan campur ibunya Siti Safuraa yang berasal dari besut terengganu manakala ayahnya Assadullah merupakan warga Russia. Gabungan dua negara ini telah memberi mereka cahaya mata dua orang princess yang sangat comel cantiik.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sudah pasti anak anak akan comel cantik sebab ibunya cantik dan ayahnya hensem kan, tidak hairanalah kecomelan Dhuha suatu ketika dulu tular di media sosial. Sekarang adiknya Amira juga memiliki wajah mix yang sangat cantik ramai yang labelkan Amira snow white.

World Wide24.com D2df57cba677fe2a8e9766a34deb4891

Dhuha juga sudah besar sekarang kecomelan dan kecantiikan dia masih terserlah. Hubungan Dhuha dan adiknya juga sangat rapat jika di lihat dari segi rupa memang dua beradik ini mirip sangat banyak ikut ayahnya.

Menurut Siti Safuraa dia hanya mengamalkan dan selalu mendengar surah al rahman ketika mengandung kerana itu membuatkan dia selalu berasa tenang. Tiada makanan tertentu mahupum supplement ketika mengandung.

World Wide24.com 8753645310baae28143a096811f4f7dc

Mungkin di takdirkan perkahwinan dia dan suami ini akan memberi anak yang sangat comel. Rezeki mereka kan.

Siti Safuraa juga selalu berkongsi video telatah anak anak mereka di instagram miliknya. Si Amira adik tu Cantik betul persis Snow white. Kakak pula nampak sangat penyayang dan lebih matang.

Amira nampak seorang budak yang bijak petah bercakap. Siti Safuraa juga sering berkongsi video Amira makan sebab Amira selalu makan dengan pelbagai gelagat comel dan nakal. Manakala Dhuha pula lebih nampak pemalu dan sopan.

World Wide24.com A9ef2399cc7ff69dca712ec09914fd7e

Ramai yang perasan dua beradik ni nampak sangat iras iras Hannah delisha kan mungkin part hidung putih dan juga senyuman. Dhuha yang kakak tu pula memang nampak sebijik saman dengan Hannah Delisha kan. Yela Hannah pun memang asal daripada genetik mix juga.

Di khabarkan mereka sudah berada di malaysia atas urusan dan mungkin menetap terus di sini. Alahai lepas ini budak budak ni lah penganti Hannah Delisha kot. Dari kecil sudah nampak bijak petah bercakap dan Si adik tu selalu suka buat drama queen je memang berbakat lah berlakon ni.

World Wide24.com E7be221149d284d33a1a92e963c5c304

Walaupun mereka membesar di sweden bersama dengan cultuure di sana Siti Safuraa tidak lupa untuk mengajar anak anak mereka tentang islam cara mengaji dan menghafal surah surah. Gaya hidup mereka juga tetap di kekalkan gaya hidup islam.

Menerusi perkongsian terbaru siti safuraa di instagramnya dia berkongsi tentang gelagat anak anaknya memakai tudung di bulan ramadhan

Netizen juga memberi komen apabila Amira memakai tudung wajahnya miirip sangat hanna delisha. Sangat cantiik dan lembut wajahnya seperti Hanna ramai juga berpendapat yang mereka pasti membesar menjadi anak anak yang ramai peminat nanti.

World Wide24.com A8aa8690876150a52cb02e4de7cc5124

Semoga Dhuha Sofea dan Amira membesar menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat. Membesar dengan baik di sana. Kecomelan Amira ini boleh kalahkan anak Che Ta ni. sape setuju?? Jom like komen share

Sumber : Ig ctsafuraa_

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!