Connect with us

Hiburan

“Hensem anak apek, pengantin pompuan tu dh mcm muka syuhada ex wife Hafiz Rosdi tu” – Netizen

Published

on

World Wide24.com D7ac99b2e6b12e2791cf54b2f07e61ac

Saiful Apek atau nama sebenar beliau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff merupakan salah seorang ahli kumpulan pelawak Senario. Selain bidang lawak, Apek juga turut di kenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi dan pengacara. Sebagai pelakon pula, Apek sering di berikan kepercayaan memegang watak utama dalam filem lakonannya seperti filem Cicakman dan juga filem Duyung.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Sebelum ini, ahli kumpulan lawak Senario telah mengambil keptusan membawa haluan masing masing termasuk lah Apek. Namun baru baru ini kumpulan berkenaan telah kembali bersama dengan anggota-anggota asal dan menjenamakan semula diri mereka sebagai Senariounion.

World Wide24.com 52a2c864b4b487e77ded9b032d668cad

Sebagai rekod, Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2003 lantas mengukirkan nama beliau dalam sejarah sebagai pelawak pertama yang memenangi anugerah tersebut.

Sehingga kini, Apek masih lagi aktif dalam bidang seni. Beliau sering di jemput sebagai juri pertandingan lawak dan beliau juga pernah menyertai program nyanyian terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza Musim ke 8 sebagai pasangan duo bersama Yassin Yahya dan mereka berdua dikenali sebagai kumpulan Sa.Ya.

World Wide24.com 676c725b28e4809a5d7247dc1beedce4

Kerjaya Apek bermula setelah menyertai program pencarian bakat Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1994. Menyingkap sisi peribadi pelawak tersohor ini, Apek mendirikan rumahtangga dengan Roslina Abu Hassan pada tahun 1994.

Hasil perkongsian hidup berdua pasangan ini di kurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam dan Mohd Radzin Aiman.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, satu video majlis perkahwinan anak lelaki kepada pelawak berkenaan telah meraih perhatian daripada warganet.

@lieza_mohamed07

Replying to @Ros Aniza Othman Pengantin baru.. sama cantik, sama padan

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Majlis pernikahan anak kepada pelawak tersebut berlangsung dengan penuh meriah di sebuah dewan dan di raikan oleh keluarga pengantin, saudara dan juga kenalan rapat.

Perkongsian video oleh seorang individu menerusi pemilik akaun tiktok lieza itu turut berkongsi beberapa video yang di rakamkan sekitar majlis berlangsung.

Sudah namanya pelawak, individu terbabit juga turut berkongsi rakaman video yang memaparkan gelagat Apek yang mencuit hati ketika mengusik para tetamu yang ingin bergambar dengan beliau.

@lieza_mohamed07

Tahniah @Saiful Apek GITU2 menerima menantu.. semoga perkahwinan yg dibina berkekalan hingga jannah hendaknya…Amin yra

♬ Somewhere Only We Know – Gustixa

Perkongsian video video tersebut juga menarik perhatian ramai memandangkan selama ini Apek tidak pernah berkongsi mengenai kehidupan peribadi dan juga keluarganya di media sosial.  Netizen juga berkata, ini adalah kali pertama mereka dapat melihat wajah isteri dan anak lelaki Apek.

Video video yang di kongsikan itu juga menerima ribuan tanda suka daripada netizen yang memuji wajah segak anak lelaki Apek bersama menantunya sejak ianya tular di media sosial.

World Wide24.com 17c181a7588be57c6c1109e1b3f816ba

Menjengah keruangan komen, netizen meluahkan rasa gembira mereka di atas majlis perkahwinan anak Apek itu. Pasangan pengantin lelaki dan perempuan juga kelihatan bagai pinang di belah dua kerana sama cantik dan sama padan.

Malahan menantu perempuan Apek itu juga di katakan sangat mirip dengan muka bekas isteri pelakon Hafiz Rosdi iaitu Syuhada Syukri. Rata ratanya mengucapkan tahniah kerana Apek telah mendapat menantu. Antara komen komen yang di tulis oleh netizen adalah seperti berikut.

World Wide24.com 561b40e30c64538dfdfebd3710c4b229

Tak kering gusi para tetamu di majlis perkahwinan anak Apek itu kerana sering kali di usik oleh pelawak tersohor berkenaan. Sempat lagi Apek melawak dan melayani peminat bergambar di majlis perkahwinan anaknya.

Sehingga kini, aura dan kredibiliti beliau sebagai seorang pelawak tiada tolok banding dan gantinya. Memang legend betul lah Apek ni.

Sumber : tiktok lieza mohamed07

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!