Connect with us

Hiburan

“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen

Published

on

Screenshot 20210520 100442

Hampir 4 tahun kisah antara Intan Salleh dan pelakon popular Izreen Azminda berlalu, namun dek kerana sebuah program sambutan hari raya yang dianjurkan oleh sebuah program hiburan tv swasta, nama Izreen Azminda dan Intan Salleh kembali hangat diperkatakan kerana dalam program berkenaan mereka berdua buat pertama kalinya telah dipertemukan dan bertentang mata.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Di kesempatan pertemuan tersebut, Izreen telah memohon maaf kepada Intan diatas apa yang telah berlaku antara mereka sebelum ini. Namun Izreen menyerahkan kepada Intan untuk memaafkan atau sebaliknya.

Intan Salleh Izreen 2

Dalam perkembangan lain, Intan Salleh juga sudah menjadi seorang usahawan berkat sokongan daripada orang ramai demi membantu beliau meneruskan kehidupan dan mencari rezeki buat anak-anak setelah terputus mata pencarian sejak di craikan oleh suami.

Intan Salleh 6

Jika diimbas kembali nama Intan Salleh agak tular beberapa tahun lalu kerana konflik rumahtangga yang melibatkan beliau dan suaminya ketika itu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan nama Ude Wahid bersama seorang pelakon Izreen Azminda.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Intan dan netizen mengecam tindakan Izreen yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga pasangan berkenaan.

Intan Salleh Izreen 9

Perkahwinan Izreen bersama Ude Wahid dibuat secara tertutup dan dirahsiakan atas permintaan suaminya sendiri. Perkahwinan tanpa pengetahuan Intan itu menjadi lebih hangat apabila Ude kemudiannya bertindak untuk mencraikan Intan dan memilih untuk terus bersama Izreen.

Intan Salleh Izreen 11

Menerusi satu perkongsian oleh Intan di Instagram story, seorang pengikut akaun Instagram telah kongsikan semula gambar Intan sekitar 4 tahun yang lalu ketika k3s percraian Intan bersama bekas suaminya masih berjalan di mahkamah.

Pengikut tersebut meluahkan rasa kagum beliau terhadap Intan kerana telah melalui pelbagai ujian dan dugaan besar dalam kehidupannya namun masih mampu teguh bertahan demi membesarkan anak-anak. Pengikut tersebut juga turut menitipkan kata-kata semangat buat Intan supaya terus tabah, sabar dan kuat semangat.

WhatsApp Image 2021 05 19 At 22.42.23

Episod duka mengenai kisah rumahtangga Intan Salleh itu telahpun lama berlalu dan perkawinan Izreen bersama Ude juga sudahpun memasuki usia empat tahun.

Walaupun Intan hanya tersenyum diluar namun hati Intan sendiri tiada siapa yang tahu. Mudah-mudahan beliau juga diberikan kebahagiaan bersama seseorang yang lebih baik lagi selepas ini.

Sumber : Instagram intan salleh

Artikel ini disediakan oleh world-wide24/Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!