Connect with us

Hiburan

“Ameena mkn semua, Ya Allah org bg share semua dia bedal. Sabar ye Yusof” – Datin Shahida

Published

on

Mm Ink

Datin Shahida kini lebih dikenali sebagai isteri kepada seorang usahawan kosmetik terkenal dalam Malaysia iaitu Datuk Alif Syukri. Namun sebelum ini nama beliau sudah terlebih dahulu dikenali ramai kerana beliau pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid Solehah yang turut di sertai oleh penyanyi Bienda.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Disamping itu juga, wajah Datin Shahida sebelum ini begitu dikenali kerana beliau pernah menjadi model iklan syampu Sunsilk yang begitu terkenal suatu masa dulu.Setelah mendirikan rumahtangga bersama Dato Aliff Syukri, beliau lebih menumpukan kehidupan beliau terhadap rumahtangga disamping membantu suaminya dalam mempromosikan perniagaan mereka.

Shahida 1

Kini Datin Shahida dan Dato Alif memilik 6 orang anak dan salah seorang adalah anak angkat yang dikenali sebagai Ameena.

Shahida 2

Ameena dibesarkan bersama lima anaknya yang lain dan berusia agak sebaya dengan anaknya yang keempat iaitu Yusof. Ameena berusia 4 tahun manakala Yusuf pula 3 tahun.

Menerusi Instagram, Datin Shahida sentiasa memuatnaik perkembangan dan aktiviti anak-anak beliau buat tatapan para peminat.

Screenshot 20210519 195018

Terkini beliau turut berkongsi bahawa Yusuf dan Ameena berkongsi makan aiskrim bersama-sama. Beliau mengajar anaknya Yusuf agr berkongsi bersama Ameena.

Hubungan yang amat akrab antara Yusuf dan Ameena membuatkan Yusuf tidak ragu-ragu untuk berkongsi apa jua barangan mahupun makanan bersama Ameena.

Screenshot 20210519 195128

Bagaimanapun dalam video yang dikongsikan Ameena secara tidak sengaja telah memakan semua aiskrim dan tidak mngalkan sedikit aiskrim tersebut untuk Yusuf.

Yusuf kelihatan agak kecewa dan mengadu kepada ibunya bahawa Ameena telah menghabiskan aiskrim kepunyaannya.

Datin Shahida hanya mampu tertawa melihatkan reaksi Ameena dan Yusuf berkenaan. Beliau juga meminta supaya anaknya Yusuf agar bersabar kerana Ameena tidak sengaja berbuat demikian.

Screenshot 20210519 195225

Bagaimanapun tindakan Datin Shahida tersebut telah mengundang salah faham apabila ada netizen yang beranggapan Ameena tidak diberikan aiskrim dan hanya diminta berkongsi dengan Yusuf semata-mata.

Komen netizen berkenaan telah disangkal kembali oleh Datin Shahida dan beliau meminta agar netizen berhenti mencari kesalahan beliau. Berikut dikongsikan komen tersebut.

Shahida 9

Bersempena bulan syawal yang masih berbaki ini mudah-mudahan kita semua sentiasa menyucikan hati dan tidak cepat bersangka buruk terhadap org lain.

Semoga Datin Shahida juga bertabah dan bersabar terhadap kata2 netizen terhadap diri beliau berkenaan.

Sumber: Instagram Datin Shahida.

Artikel ini disediakan oleh world-wide24/Media Puyu .Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt utk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!