Connect with us

Hiburan

“Kau igt kau artis, kau masak bagus sgt ke” – Netizen

Published

on

Screenshot 20210518 221256

Tular baru-baru ini di Melodi mengenai kisah pelakon Izreen Azminda yang membuat permohonan  maaf kepada bekas madunya iaitu Intan Salleh. Terdahulu Izreen telah menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Intan Salleh sehingga menyebabkan percraian Intan bersama suaminya ketika itu iaitu Ude Wahid.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Perkahwinan antara Izreen dan Ude dirahsiakan atas permintaan Ude sendiri. Kedua-dua mereka dipanggil oleh Melodi untuk saling bermaafan dan meleraikan persengketaan yang telah berlaku hampir 4 tahun yang lalu.

Screenshot 20210519 122056

Bagaimanapun, motif rancangan Melodi memanggil kedua-dua wanita terbabit dipertikai apabila netizen mula memetik mengenai perselisihan faham yg berlaku antara pengacara Melodi itu sendiri iaitu Janna Nick dan Sheila Rusly.

WhatsApp Image 2021 05 18 At 21.18.44

Netizen mempersoalkan pihak Melodi kerana tidak menjemput Sheila Rusly untuk berbaik dengan Janna Nick.

Ekoran itu, Sheila Rusly tampil bersuara dan berkata tidak perlu untuk mengungkit perkara sedemikian kerana tidak mahu perkara tidak diingini yang lain pula berlaku.

Shiela Rusly 3

Menjengah ke Instagram Sheila Rusly, beliau sering berkongsi resepi dan video masakan bersama para peminat.

Memandangkan Sheila Rusly sebelum ini pernah menjadi pengacara rancangan ketuk-ketuk Ramadhan selama lima belas tahun lamanya, maka nama beliau agak sinonim dengan rancangan masak memasak.

WhatsApp Image 2021 05 18 At 21.26.38

Sheila Rusly sendiri gemar memasak dan tidak lokek untuk menunjukkan teknik-teknik masakan serta menu baru buat tatapan peminat.

Bagaimanapun tanpa diduga terdapat individu yang kurang senang dengan tindakan Sheila Rusly yang kerap memuatnaik gambar dan video masakan di Instagram.

Screenshot 20210518 220327

Individu berkenaan mngalkan komen berbaur sindiran dan komen individu tersebut turut di tangkap layar oleh Shiela Rusly serta dikongsikan kembali di Instagram story beliau.

Shiela berkata individu tersebut berkemungkinan besar mempunyai masalah hati kerana berkata sedemikian hanya disebabkan beliau berkongsi resepi masakan. Berikut dikongsikan tangkap layar yang dimuatnaik di instagram story Sheila Rusly.

Shiela Rusly 6

Agak sukar untuk kita memuaskan hati orang ramai. Kadangkala walaupun hanya berkongsi ilmu mengenai masakan dan resepi terkini juga mampu mengundang rasa kurang senang seseorang terhadap kita dan perkara itulah yang dialami oleh Sheila Rusly. Bersabarlah Sheila.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh World-wide24 /Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!