Connect with us

Hiburan

“Semoga Allah yang membalasnya” – Tuanku Azizah

Published

on

Rentetan daripada pndemik C0v1d19 tempoh hari, beberapa tokoh negara telahpun diangkat menjadi wira kerana berjaya menangani dan mengawal keadaan negara semasa berlakunya pndemik berkenaan. Rakyat begitu mengagumi keperibadian mereka sebagai pemimpin berikutan kecemerlangan mereka dalam mengendalikan situasi getir negara berhadapan pndemik tersebut. Malaysia juga turut mendapat pengiktirafan dunia sebagai negara yang berjaya mengendalikan pandemik berkenaan dengan cemerlang.

Walaupun ketika itu negara juga sedang berhadapan dengan situasi pergolakan p0litik, namun Malaysia masih mampu mengawal penularan pndemik tersebut dengan sangat berjaya dan menunjukkan penurunan ketara.

Bagi meraikan kepimpinan beberapa tokoh yang amat berjasa kepada negara sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras C0vid19, beberapa mural wajah mereka telah di abadikan di sekitar dinding di Taman Cahaya Alam U2 Shah Alam.

Antara wajah-wajah mural tersebut ialah wajah Tuanku Agong, Tan Sri Muhyidin Yasin dan juga Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun, baru-baru ini tular isu mengenai mural tersebut telahpun diconteng beberapa individu yang tidak bertanggungjawab dengan beberapa perkataan kes4t.

Kecewa dengan berita tersebut, Tunku Azizah menerusi Instagram peribadinya beliau turut berkongsi gambar yang memaparkan wajah mural Yang Dipertuan Agong diconteng dengan cat yang berwarna merah.

https://www.instagram.com/p/CC2bk9jhGaw/?igshid=1ki6bpyeji4kp

Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan yang sama iaitu merasa geram dan marah dengan perilaku yang kurang bermoral itu. Rakyat juga turut terkilan dengan perbuatan tersebut. Menerusi ruangan komen Instagram Tunku Azizah orang ramai menyifatkan individu yang menconteng mural tersebut sebagai tidak bersyukur.

Pastinya sedih rasa hati seorang isteri melihatkan wajah suaminya di conteng oleh individu tersebut. Kami turut merasai kesedihan yang diluahkan oleh Tunku Azizah tersebut. Sepertimana caption Tunku Azizah di Instagram, semoga Allah sahaja yang membalas perbuatan mereka semua.

Sumber: Instagram airtangan_tengkuampuan

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!