Connect with us

Hiburan

“Alhamdulillah, mcm keluarga Norman Hakim jugak” – Netizen

Published

on

Erinsakura 80e803ea5e33e85297c05a25874ec44c

Pelakon Eizlan Yusof atau nama sebenar beliau Dato Sri Idris Md Yusof merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan di Malaysia. Beliau sebelum ini turut bergiat aktif sebagai model dan juga pernah menjadi penyanyi dengan menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan juga pengasas Syarikat Bas Express Sani iaitu Dato Sani Salleh.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Dato Eizlan mula berkecimpung sebagai pelakon sekitar tahun 90an dan sehingga kini masih lagi aktif sebagai pelakon. Sebagai pelakon beliau pernah memenangi beberapa anugerah sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik dan juga pelakon lelaki harapan.

Erinsakura Ccd7880aa0a9977938d07103528d2f04

Menyingkap sisi peribadi Dato Eizlan, beliau sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Vie Shantie pada tahun 2007 namun akhirnya bercrai pada tahun 2014 kerana jodoh tidak panjang. Hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 3 orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Dato Eizlan bagaimanapun telahpun menemui pengganti dan menamatkan status dudanya dengan mengahwini Natasha Rosa Boudville pada Disember 2019.

Erinsakura D254c8cc58c471de915c116e8a776d22

Baru-baru ini Dato Eizlan telahpun menyambut hari jadi anak beliau iaitu Vie Zaalia bersama dengan bekas isteri Vie Shanti Khan. Menerusi Instagram, beliau memuatnaik sekeping gambar beliau bersama bekas isteri dan juga anak-anak.

Dato Eizlan juga kelihatan sangat selesa bersahabat semula bersama bekas isterinya itu demi kebahagiaan anak-anak. Turut kelihatan di dalam gambar bersama mereka ialah Natasha.

Rata-rata netizen turut memberikan ucapan selamat hari jadi buat anak Dato Eizlan. Mereka juga begitu kagum dengan sikap professional Dato Eizlan dan juga Vie Shantie sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak walaupun mereka berdua sudahpun berpisah.

Ada netizen yang berpendapat Dato Eizlan dan Vie Shantie sama seperti keluarga Norman Hakim yang berbaik demi anak-anak.

Erinsakura Ba7f7141a22831a60f27b86f84876c0d

Semakin ramai artis yang mengambil sikap secara professional dalam menguruskan keperluan anak-anak demi kebahagiaan dn juga kebajikan anak masing-masing. Tahniah Dato Eizlan yang juga mampu mengikut jejak langkah sahabat beliau Norman Hakim dlm menguruskan perihal anak-anak bersama bekas isteri beliau.

Sumber: Instagram eizlanyusof

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!