Connect with us

Hiburan

“Hensem sgt Ayash, Arwh Sarah tinggalkan anak yg hensem” – Netizen

Published

on

Sudah tahu bahawa Shuib telah mempunyai isteri baru, penerimaan keluarga nya adalah semua diatas restu dan diterima baik oleh anak-anaknya. Namun jagaan anak-anak adalah lebih kepada Mateen dan Dekta sebabnya Ayash Affan dijaga oleh neneknya, Amy Salmi. Dan kini tiba masanya Watie dan Shuib mengambil semula Ayash dyang sebelum ini dijaga oleh neneknya.

Bila melihat senyuman Ayash sudah pasti ramai netizen dapat melihat Ayash yang dibesarkan tanpa mengenali siapakah ibunya namun selepas bersama Watie ramai menyatakan pilihan Shuib adalah tepat.

Melihat senyuman Ayash yang ikhlas dan melihat pelokkan daripada Watie sudah pasti dan sudah tentu Ayash akan menjadi anak yang paling manja sekali selepas Mateen. Sebenarnya semuanya manja belaka.

Apatah lagi buat sementara ini adalah Ayash anak bongsunya, selepas ini mungkin akan ada adiknya. Namun sementara ini manjanya pada Ayash dan pada mommynya.

Lihatlah senyuman Ayash yang pasti beliau mengenali Watie sebagai ibunya selepas dua tahun tanpa belaian seorang ibu dan kasih sayang yang tidak dapat diberikan kepadanya sebelum ini. Namun walaupun begitu ramai yang menyanyangi Ayash sehingga semua warga net menyanyanginya.

Watie dan Ayash sering bertemu dan rapat dan ini adalah kali pertama beliau menjaga nya selepas bergelar isteri kepada Shuib. Semoga terus menjadi mak yang baik kepada anak-anak ini dan anak yang manja kepada Watie.

Sehinggakan netizen juga menyatakan bahawa aura Watie juga kelihatan dengan anak-anak ini kerana semua yang mendekatinya akan merasa senang. Apatah lagi kanak-kanak. Alhamdulilah untuk Shuib, pasti beliau terasa bersenang hati kini.

Pelbagai komen-komen yang menarik diberikan, malah doa yang baik-baik juga diberikan selain diberikan pujian kepada Watie kerana berjaya mengambil hati anak-anak Shuib.

Hingga kini ramai yang menyukai Watie selepas berkahwin dengan Shuib terlihat kasih sayang yang ikhlas darinya.

Memang kasih sayang dan tempat seorang ibu tidak dapat ditukar ganti namun kasih sayang yang daripada seorang ibu boleh dibahagikan apatah lagi kini menjadi ibu yang segera, sudah pasti kekok namun tidak pada Watie.

Sumber: ig amysalmi

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!