Connect with us

Hiburan

“Comel, tergelak kecil kita bila bapak Tomok tunjuk suspek” – Netizen

Published

on

Sekitar April lalu berlaku kejadian sehingga menyebabkan dia ‘kerugian’ lebih RM5,000. Semuanya gara-gara apabila si anak kecilnya tertumpahkan pengilat kuku hingga menjejaskan seluar berjenama antarabangsa ketika dia membeli pakaian di butik tersebut.

Mahu tak mahu, penyanyi Tomok terpaksa membeli kesemua busana terjejas tersebut yang berharga antara RM499 hingga RM1,299 setiap satu.

Sudahnya walaupun membelinya, dek Tomok sendiri tak sesuai memakai seluar saiz tersebut, ia terpaksa dijual semula olehnya dan memohon netizen sesuai dan mahu membeli semula pakaian itu yang diberi ‘diskaun’ olehnya berbanding harga asal.

Ketika itu ramai yang simpati dengan situasi dihadapi oleh bapa kepada tiga cahaya mata itu dan menawarkan diri untuk membeli seluar tersebut. Namun kini di butik yang sama siapa sangka sebaliknya pula yang berlaku.

Ibarat segala ‘kerugian’ dan kesabarannya dalam melayan kerenah si kecil terbalas apabila kali ini Tomok ditawarkan pula oleh pihak sama untuk menaja pakaian ahli kumpulannya, New Boys yang akan mengadakan konsert tak lama lagi.

Terdahulu dalam perkongsian status di hantarannya hari ini, antara kata Tomok, setiap ahli kumpulannya akan mendapat tajaan satu set baju jenama tersebut termasuk seluar dan jaket. Tomok juga tak menyangka tawaran tersebut.

Dia turut mengucapkan penghargaan kepada jenama syarikat pakaian terbabit selain netizen yang mendoakan dan percaya Tomok akan dapat rezeki yang lain biarpun selepas kejadian ‘hitam’ yang menimpa. “Inilah rezekinya…” kata Tomok.

“Dija pembawa rezeki”, “Hikmah Disebalik kejadian. Tomok Redha, potive and up Allah Gantikan Dengan Rezeki Yang Tidak Disangka-sangka. Bukan Sahaja Tomok Yang Dapat Malah Ahli New Boys Lain Pun Dapat Manfaat”.

“Comelll. Tergelak kecil kite masa bapak tunjuk suspek. Suspek pun punca rezeki”, “Berdebar tgk background. Rupanya rezeki, ingatkan sejarah berulang. Hahahaha sonok ehhh yg blkg tu”, “Allahuakhbar.. anak tu sbg asbab kpd rezeki yg Allah nk bagi”.

 

Itu antara komen netizen yang turut tumpang gembira dan bersyukur dengan rezeki Tomok di sebalik kejadian menimpanya. Mesti ramai yang teruja bukan… Syukurlah berkat ramai yang mendoakan.

Lagi satu memang benarlah anak itu pun antara punca rezeki. Moga kejadian dilalui Tomok ini menjadi inspirasi dan contoh ibu bapa lain di luar sana agar sentiasa bersabar dalam menghadapi kerenah anak dalam membesarkan mereka ya…

Sumber : Ig Tomok

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!