Connect with us

Hiburan

“Maryam ajar daddy cara nak pakaikan cincin” – Netizen

Published

on

Perkahwinan pelakon Fizo Omar bersama wanita pilihannya telah menjadi perhatian ramai baru-baru ini. Dalam senyap-senyap, Fizo sudah menjalinkan hubungan cinta dengan isterinya yang juga seorang bekas pramugari sebelum ini. Pandai Fizo simpan rahsia ye. Siapa sangka, Fizo yang merupakan antara jejaka kacak berstatus duda sebelum ini telah memiliki isteri yang cantik dan lemah lembut.

Bukan itu sahaja, Fizo cukup beruntung apabila anaknya, Maryam sangat menyayangi ibu tirinya. Hubungan Maryam dan isteri Fizo iaitu Fazeera Nazri juga cukup akrab.

Buktinya, Fizo berkongsi video di Instagram Story menunjukkan gelagat Maryam menunjukkan pada Fizo supaya sarung cincin pada ibu tirinya dengan betul. Amboi cerdik betul Maryam ya..

Malah, Ada juga beberapa video yang menunjukkan hubungan baik Maryam bersama isteri Fizo. Salah satu videonya apabila Maryam kelihatan menciium pipi Fazeera dengan penuh kasih sayang.

Jelas Maryam penuh dengan didikan yang baik dari Fizo dan Mawar meskipun merrka sudah tidak bersama lagi.

Dalam pada itu, Video yang menunjukkan hubungan baik antara Maryam dan ibu tirinya telah dikongsi oleh instagram Cerita Artis Malaysia baru-baru ini.

Video tersebut menjadi tumpuan ramai netizen sehinggakan ada sebahagian daripada mereka yang mempertikaikan gelaran ‘Mummy’ yang disebut oleh Fazeera sendiri.

Namun ia bukanlah isu yang besar memandangkan Maryam sendiri memanggil ibu tirinya dengan gelaran ‘Mummy’.

Semoga hubungan kekeluargaan Fizo akan lebih akrab dan bahagia bersama. Boleh ikut contoh keluarga Norman Hakim, lihat pada hubungan kekeluargaan mereka yang cukup rapat dan bahagia demi anak-anak. Tiada yang mustahil, InsyaAllah.

Sumber: Instagram Ceritaartismalaysia, Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!