Connect with us

Hiburan

“Happy Birthday My Fiance”- Adam Lee

Published

on

Masih ingat lagi drama Bidadari Salju yang pernah popular sebelum ini? Pasti anda masih terbayang gandingan lakonan pasangan romantik Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama Bidadari Salju yang pernah ditayangkan di TV3 pernah menjadi perhatian ramai penonton. Mana tidaknya, gandingan pasangan romantik ini betul-betul membuatkan ramai penonton suka dengan lakonan Adam dan Sweet meskipun dalam kehidupan nyata,mereka sememangnya menjalinkan hubungan cinta.

Dan baru-baru ini, Adam dan Sweet akhirnya telah melangsungkan pertunangan mereka setelah sekian lama bercinta. Syukur alhamdulillah dan tahniah buat pasangan romantik ini.

Di ulangtahun kelahiran Sweet telah berlangsungnya pertunangan mereka dan masing-masing berkongsi foto bertunang di laman Instagram.

Dengan kapsyen “Happy Birthday My Fiance”, ramai netizen teruja dengan pertunangan Adam dan Sweet. Ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminat-peminat mereka.

Secara umumnya, Adam dan Sweet antara pasangan selebriti yang sentiasa menjadi perhatian netizen. Walaupun jarang memuatnaik foto bersama, ramai ternanti-nanti posting foto dan video daripada pasangan sama cantik sama padan ini di laman sosial media.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

Pasangan kek4sih ini juga mula menjalinkan hubungan rapat semenjak mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama berjudul Adam Chempaka pada tahun 2019.

“Tahniah Adam & Sweet, seronoknya tengok diorg dah tunang cecepat kahwin tau, Alhamdulillah” – Netizen

Tahniah buat pasangan romantik Adam Lee dan Sweet Qismina. Semoga cepat-cepat kahwib tau, tak sabar nak tengok wedding diorsng ni hehe..

Sumber: Instagram Adam Lee

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!