Connect with us

Hiburan

“Bila mak kau feeling” – Syafie Naswip

Published

on

Ibu merupakan suatu pemberian yang amat berharga buat anak-anak. Siapalah anak-anak yang tidak sayangkan satu-satunya ibu di dunia kan? Namun, tidak semua ibu mempunyai sifat serta perangai yang lemah lembut atau ayu. Kesemua para ibu pasti mempunyai ragam serta perangai yang berbeza. Yalah, mereka juga insan biasa sama seperti kita, masing-masing mempunyai kelemahan diri.

Ada ibu yang sentiasa serius tetapi ada juga ibu yang gemar menghiburkan anak-anak dengan membuat lawak jenaka. Seperti selebriti terkenal Syafie Naswip, hubungan Syafie dengan ibunya kelihatan amat mesra dan rapat. Ibunya juga selamba sahaja bergurau dengan anaknya ini.

Syafie pula senang sahaja memperhatikan kerenah lucu ibunya yang sedang melayan lagu Hindustan dengan penuh perasaan semasa berada di dalam kereta Syafie. Gaya ibu Syafie yang lucu ini berjaya mencuit hati ramai netizen dan followers Instagramnya.

Syafie hanya mampu tertawa melihat gelagat ibunya yang sedang ‘sibuk’ melayan perasaan sambil menggerakkan tangan seolah-olah ingin menari semasa mendengar lagu Hindustan yang berkumandang dari radio.

“Bila mak kau feeling,” ujar Syafie dalam ruangan caption video perkongsiannya ini. Walaupun tidak sampai 30 saat tempoh video tersebut dirakam, namun ianya juga tetap berjaya meraih sebanyak 4,688 tontonan dari 13 jam yang lalu semenjak ia dikongsikan.

Pasti ramai yang teringat dengan telatah lucu ibu di kampung kan semasa melihat posting Syafie. Ramai yang berdekah dengan aksi dua beranak yang sangat mesra ini.

Posting Syafie mendapat sebanyak 13 komen yang mana rata-rata followers Syafie terhibur dengan gelagat mereka berdua. Ada juga netizen yang tersentuh melihat keakraban Syafie dan ibunya.

“Teringat seniwati Sarimah dalam Ibu Mertuaku, bila dengar radio lagu dimainkan oleh Kassim Selamat,” ujar salah seorang followers Syafie.

Ibu Syafie pernah dimasukkan ke dalam hspital pada tahun 2019. Menurut Syafie, dia berasa amat sedih dengan keadaan ibunya pada dua tahun yang lepas. Namun, syukur kerana hingga ke hari ini, Syafie masih lagi berkesempatan untuk bersama-sama dengan ibunya. Semoga Syafie dan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sumber: Instagram Syafie

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!