Connect with us

Hiburan

“Yang ni lawak, berani peserta tarik baju host”- Netizen

Published

on

World Wide24.com 09b42618306b8c89bf0c2db21328ada3

Musim kelima Big Stage juga dikenali sebagai Big Stage 2023 telah memulakan konsert pertama malam tadi. Konsert pada musim ini menampilkan penyertaan beberapa peserta tempatan, di samping peserta dari luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Korea Selatan. Musim ini menampilkan penyanyi Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap. Nora Danish pula bertindak sebagai presiden netizen dan kehadiran Lah Ahmad pula sebagai juri undangan.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Program yang dikendalikan oleh Elly Mazlein atau lebih mesra di panggil Kak Lina dan Rina Nose ini akan bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Kemunculan pelawak Rina Nose di pentas Big Stage sebagai pengacara merupakan salah satu kejutan dari pihak produksi.

World Wide24.com 8e8ad75f450ba2c4a300f29029d27aa2

Sebelum ini hanya nama Kak Lina yang di umumkan sebagai pengacara program tersebut. Mereka berdua serasi kerana sebelum ini pernah dipertemukan dalam sebuah rancangan iaitu Siapa No Syahtu: Lina VS Rina.

Gandingan mereka ternyata membuahkan hasil apabila Kak Lina dan Rina Nose disatukan kembali sebagai pengacara di atas pentas yang sama. Terdahulu, program Big Stage yang popular dengan tagline “Dominasi BBNU” dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.

World Wide24.com 9b52cfd4fa823b37f29c03a209ad1906

Kekecohan dua pengacara ini dilihat mampu menggamatkan suasana sepanjang program ini. Rina turut mengakui bahawa dia sangat senang bekerja bersama Kak Lina lebih-lebih lagi mereka berdua mempunyai banyak persamaan. Tetapi biasalah, sebagai seorang pengacara yang mengendalikan acara besar, apa sahaja yang dibuat mesti akan diperhatikan oleh netizen.

Baik atau buruk, netizen akan memberikan pandangan tersendiri mereka melalui sosial media. Namun sebagai pendatang baru, Rina yang juga merupakan pelawak dari Indonesia tidak berkecil hati dengan pandangan yang dilemparkan oleh netizen untuk kemunculan pertamanya di pentas itu.

@m_ya21d

Dua² host ni masuk air 😂 #bigstage #bigstage2023 #bbnu #kaklina #kaklinapompom #ellymazlein #rina #rinanose #ainaabdul #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #trendtiktok2023 #justforfun

♬ bunyi asal – its.yaz💥 – its.yaz💥

Sejak bersiaran pada episod pertama konsert Big Stage malam tadi, beberapa sedutan rakaman daripada rancangan berkenaan telah tular di kongsikan di media sosial oleh netizen.

Antara babak menarik yang di kongsikan di media sosial seorang netizen adalah ketika kedua dua orang pengacara iaitu Kak Lina dan Rina menyanyikan lagu kumpulan Exist untuk mengusik Ajai sebagai juri.

World Wide24.com 4d5efabb494270202a9ca3968b0dd144

Rina kemudiannya menarik baju Kak Lina supaya menghentikan nyanyian dan memberikan peluang kepada Ajai untuk memberikan komen terhadap persembahan Putera.

Namun begitu, Rina kemudiannya menyambung semula nyanyian Kak Lina membuatkan Putera pula yang menarik baju Rina seperti mana yang di lakukan oleh Rina terhadap Kak Lina.

Tindakan Putera yang secara spontan berbuat demikian tanpa di rancang menyebabkan Rina terkejut namun tidak dapat menahan rasa malu kerana di usik oleh Putera kembali.  Para penonton yang menyaksikan tindakan spontan peserta dan pengacara berkenaan bersorak dan tertawa kerana merasa terhibur dengan gelagat mereka bertiga yang ‘masuk air’.

World Wide24.com 6b4a6ca0df5692fabed9d3716fc3f8d8

Menjengah keruangan komen, rata rata netizen memuji gandingan kedua dua pengacara yang masuk air dan memberikan suasana baru dalam program Big Stage musim ini.

Netizen juga terhibur dengan pengacara gandingan daripada Indonesia iaitu Rina Nose yang ‘sama naik’ dengan perangai masuk air Kak Lina seolah oleh menjadi kembar Kak Lina.

Lebih menghiburkan pula apabila peserta juga turut memberikan ‘kerjasama’ dengan para pengacara untuk menjayakan sketsa lawak secara spontan. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 79b4676b57c2ace219708933403ccafe

Pertandingan Big Stage telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

Meskipun Farhan Shah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kerana mendapat markah terendah namun tiada penyingkiran di umumkan untuk minggu pertama.

Sumber: tik tok its yaz

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!