Connect with us

Hiburan

“Stunning tp huaaa kesian abang belakang tu”- Netizen

Published

on

Bersuara lunak dan mempunyai pengikut tersendiri, lahirnya penyanyi ini juga disertai pakej tersendirinya sebelum ini yang gemar membawa imej berpakaian pelik-pelik ketika persembahan pentas. Sekian lama dik3cam dek pakaiannya yang biasanya sarat dan berserabut hingga memerlvkan bantuan orang lain mengusung kostumnya, akhirnya perkara itu menjentik hati tuan punya badan, Aina Abdul untuk berubah.

‘Insaf’ gamaknya kerana akur kesusahan sukar berjalan tatkala acapkali memakai busana sedemikian rupa sebelum ini, sejak satu pertandingan nyanyian di stesen TV awal tahun ini Aina dikhabarkan mahu tampil kelainan.

Tak lagi terlalu memberatkan soal pakaian peliknya, sebaliknya Aina hanya mahu fokus kepada susunan muzik dan persembahan karya melalui mutu suaranya. Begitupun, Aina tetap mahu berbusana mengikut jalan cerita.

Pun demikian, sesudah sekian ketika tak beraksi dengan berpakaian pelik, terbaharu penampilan Aina di pentas persembahan nyanyian Bigstage minggu pertama, kembali menarik perhatian netizen.

Dengan berpakaian serba warna merah semerah cili, berturban di kepala ala mawar merah, dengan rekabentuk pakaian ‘kolar’ besar gabak dari bawah pinggul membawa hingga melepasi beberapi inci bahagian kepalanya, Aina terlihat memukau jua…

“Stunning. But … huaaa kesian abang belakang tu.”, “Wow besar kolar baju tu.. she is aina abdul.. org lain pkai x sesuai”, ‘Very the Gaga sangat ”, “Sekuntum ainaabdul ”, “Kata nak berubah tanak pakai baju buruk pelik2 lagi?”.

“Loveee.. tapi kesian orang belakang tu okey ke tu hehehe..”, “Tmb4kannya tepat, Padu nyanyi macam meriam buluh…. Letopsss opening”, “Sepatu merah”, “Xyah payung dah..”, “Congratulations ainaabdul for the great opening and as jury”.

Itu antara komen netizen. Agak mencuit hati kerana pelbagai tekaan netizen akan bayangan penampakan busana yang dikenakan Aina. Ada meneka ia sekuntum mawar, bunga lili dan tak kurang kurang seakan sebelah sepatu…

Macam-macam imaginasi tafsiran netizen daripada pakaian Aina itu ya… Yang pasti busana vass nya kali ini mendapat banyak pujian juga kerana mampu memukau. Dirinya sendiri pun tak perlu minta bantuan orang lain untuk melangkah ke pentas.

Dah pasti apa yang penting dalam penampilanya, ia taklah nampak meny3ksakan Aina sendiri, umpama berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walau pelik, Aina pun dah pandai berpenampilan lebih releven kali ini…

Sumber : IG Aina Abdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!