Connect with us

Hiburan

“Rindunya zaman diorg berlakon dulu”- Netizen

Published

on

World Wide24.com B3e2652f60becbc2e459a3b743da2209

Buat yang membesar dengan filem filem lakonan Shaheizy Sam dan juga Intan Ladyana seperti Adnan Sempit dan Bini Biniku Gangster pasti merindui lakonan mereka berdua setelah sekian lama tidak melihat mereka berdua di gandingkan lagi dalam satu filem terbaru. Setelah hampir 13 tahun lamanya sejak mereka berdua berlakon bersama menerusi filem Adnan Sempit, produk makanan daging perap Pak Mat Western mengambil inisiatif untuk menyatukan pasangan ini kembali.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Penyatuan kembali kedua dua pelakon berkenaan adalah menerusi satu iklan promosi produk yang di hasilkan oleh syarikat Pak Mat Western iaitu Daging Perap, Kambing Perap dan beberapa produk sampingan yang lain juga.

World Wide24.com 2fc4cf06105d766bfe4c1f229f555991

Mengimbau kembali gelagat pasangan ini ketika pertama kali mereka berdua di gandingkan bersama kedua duanya masih berstatus bujang.

Namun kini, Shaheizy Sam sudah berumahtangga bersama pelakon Syatilla Melvin dan di kurniakan 3 orang cahaya mata. Menyentuh mengenai kerjaya seni pula, Shaheizay Sam kini muncul dengan filem baru iaitu Polis Evo bergandingan bersama pelawak Zizan Razak.

World Wide24.com 00e09a404ec77b7a276dadb2453b6da9

Manakala Intan Ladyana pula mendirikan rumaht tangga bersama pelakon dan pengacara Harris Alif dan di kurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia setahun.

Intan juga kini sudahpun berhijrah dengan tampil lebih manis berhijab penuh dan kini beliau semakin memperlahankan aktiviti seni lakonan demi memberikan perhatian kepada keluarga dan membesarkan anak perempuan kesayangan.

World Wide24.com 8f1efb6943b90dc1e96bd9e7196fc776

Bagi melepaskan rindu para peminat, terbaru menerusi Instagram, satu hantaran video iklan promosi produk daging perap jenama Pak Mat Western yang memaparkan rakaman babak yang menonjolkan kedua dua pelakon ini telah di kongsikan di platform media sosial jenama daging perap tersebut.

Buat para peminat yang sekian lama merindui lakonan mereka berdua, tentunya kemunculan kembali pasangan ini bagi menjayakan iklan tersebut membuatkan peminat teruja dan gembira.

Di dalam video berkenaan, Shaheizy Sam di lihat melakonkan babak seorang lelaki yang sedang memikat wanita iaitu Intan Ladyana dengan meminta nombor telefon.

Lakonan Shaheizy Sam yang bersahaja dan juga reaksi wajah Intan Ladyana yang tidak ubah seperti karakter yang di bawanya ketika melakonkan watak di dalam drama Adnan Sempit benar benar menjadikan iklan tersebut seperti salah satu babak di dalam filem Adnan Sempit.

World Wide24.com C018c8ff57cccea7b2f9d3ff0938eed6

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang begitu merindui gandingan pasangan ini untuk berlakon bersama.

Peminat juga masih lagi mengingati filem gandingan mereka iaitu Adnan Sempit dan meminta sekiranya mereka boleh merakamkan kembali filem Adnan Sempit versi terkini.

World Wide24.com 9da9f8599cfa724434cf897e3dd2e931

Babak yang di kongsikan itu juga mengimbau kembali zaman ketika pasangan ini kerap muncul dengan beberapa filem baru sekitar 13 tahun yang lepas.

Malahan beberapa netizen juga masih lagi mengingati tangline beberapa flem contohnya seperti filem Adnan Sempit sendiri iaitu “Dimana ada kemahuan di situ ada highway”. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

World Wide24.com D0c096b5ac92d90fcf44f2d73d7bfd5f

Bila baca komen netizen, ramai yang masih mengingati dialog kedua pelakon mahupun beberapa babak dalam filem Adnan Sempit dengan baik. Terubat rasanya kerinduan para peminat terhadap pasangan pelakon ini.

Sumber: ig pak mat western

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!