Connect with us

Hiburan

“Weyh sian budak tu dah excited ingatkan dia menang, last2 kena malu gitu je” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 7cbd623199926a06a1e91bcf5cee188c

Pada malam ahad lalu, telah berlangsungnya pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 yang berlangsung di Arena Putra Detar Putra Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan Sarawak. Pertandingan nyanyian berkenaan melibatkan 8 orang peserta kanak- kanak dan menobatkan peserta bernama Kiki yang berasal daripada Sabah sebagai juara. Manakala naib juara pula di sandang oleh peserta daripada Selangor bernama Farha.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kesemua peserta yang bertanding memiliki suara yang merdu dan kualiti vokal yang bagus. Walaupun masih di peringkat kanak- kanak namun bakat nyanyian yang di miliki oleh para peserta kanak- kanak ini setanding bakat orang dewasa.

World Wide24.com 6ed09b508c083f17cd9dcf7f9693ad50

Pelakon Sweet Qismina dan Azam Pitt pula bertindak sebagai pengacara di pertandingan berkenaan. Namun begitu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan gandingan hos Sweet Qismina dan Azam Pitt kerana ketika sesi pengumuman kepuutusan pertandingan terdapat beberapa kesilapan yang di lakukan oleh Sweet melibatkan nama pemenang.

Sweet atau nama sebenar beliau Farhanna Qismina Supandi berkata beliau menghargai peluang yang di berikan oleh pihak RTM untuk menjadi pengacara bagi pertandingan berkenaan.

Namun begitu, jelas Sweet lagi, kesilapan yang berlaku adalah di luar jangkaan memandangkan pertandingan berkenaan merupakan program siaran langsung.

World Wide24.com 26aa240e15a6775151ffd9b9e20e28e9

Menurutnya secara peribadi agak sukar untuk mengemudikan program yang bersiaran secara langsung apatah lagi menjangkakan perkara dan kesilapan yang bakal berlaku sepanjang pertandingan berlangsung.

Sweet bagaimanapun menerima segala kriitikan dengan hati terbuka dan berjanji untuk memperbaiki mutu pengacaraan beliau selepas ini. Sweet juga berterima kasih di atas teguran dan kritikan yang membina daripada netizen.

World Wide24.com 41707b8b0eb6f2b59b0ecdf56f014bca

Kesilapan yang berlaku ini bakal menjadi pengajaran berguna untuk Sweet sebagai pengacara baru dalam bidang pengacaraan dan untuk beliau menjadi seorang pengacara yang lebih baik pada masa akan datang.

Menerusi satu perkongsian di tiktok lany ishak, beberapa kesilapan yang telah di lakukan oleh Sweet itu di kongsikan semula di media sosial berkenaan.

@lanyishak

Harap di perbaiki di masa akan datang.. #kemuncakbintangkecil2023 #tenangisgood #bahagiacarakita

♬ original sound – Lany Ishak – Lany Ishak

Tulis individu tersebut di ruangan kapsyen, dia berharap supaya pengacara akan memperbaiki kesilapan semasa mengacara pada masa akan datang.

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen berkata mereka sangat bersimpati dengan kanak- kanak yang sudahpun teruja kerana tersilap sangka terhadap kemenangannya di pertandingan tersebut.

World Wide24.com C92d85871a3bd8f42747ec21ceba03b7

Apatah lagi kanak- kanak bernama Farha yang mendapat tempat kedua itu sudah melakukan sujud syukur dan sudah terbaring dengan rasa teruja apabila lampu di pancarkan kearah dirinya kerana menyangka telah menjadi juara.

Netizen berkata, selain daripada pengacara yang tersilap membaca nama, unit teknikal juga terlibat kerana bertanggungjawab memancarkan lampu terhadap peserta yang sepatutnya menjadi juara. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 3c995c5a6b77c04e946e7559ff779215

Sementara itu, Stesen RTM turut memohon maaf kepada juara dan naib juara pertandingan Bintang Kecil 2023 iaitu Kiki dan Farha berikutan kesilapan teknikal pada pentas akhir itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Datuk Suhaimi Sulaiman juga telah membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran video di Instagram (IG) berkata beliau memahami perasan Kiki dan Farha memandangkan format lampu akan menyala kepada peserta yang menjadi juara.

Kiki diangkat sebagai juara, tetapi lampu menyala ke atas Farha. Ujar Datuk Suhaimi lagi, kesilapan pengumuman juara dan naib juara itu berlaku tanpa disengajakan.

Sumber: tiktok lanyishak

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!