Connect with us

Hiburan

“Happy birthday mommehh, cepat nak hadiah apa”- Sharnaaz

Published

on

Hubungan baik yang terjalin di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya usahawan Noor Nabila cukup menjadi inspirasi kepada pasangan suami isteri yang telah berpisah di luar sana.

Mereka berdua membuktikan bahawa meskipun sudah berpisah sebagai suami isteri namun hubungan sebagai kawan masih boleh di teruskan demi kebaikan anak yang sedang membesar.

Nabila juga telah meneruskan kehidupan beliau apabila mendirikan rumahtangga dengan Engku Emran yang juga merupakan bekas suami kepada primadona Erra Fazira pada 19 Mac 2021.

Manakala Sharnaaz pula kini sedang mengenali hati budi pelakon baru bernama Amelia Christie.  Sharnaaz sebenarnya cuba merahsiakan hubungan cintanya itu namun beliau tidak mampu terlepas daripada menjadi perhatian netizen yang dapat menghidu mengenai hubungan percintaan beliau itu.

Malahan hubungan cinta pasangan pelakon ini semakin hangat di perkatakan setelah Sharnaaz secara terbuka membawa teman wanitanya itu ke malam gala filem lakonannya iaitu Polis Evo 3 baru baru ini.

Biarpun sudah berpisah sejak tiga tahun lalu Sharnaaz Ahmad tidak pernah lupa dalam mengingati ulang tahun kelahiran bekas isterinya itu.

Terkini, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memuatnaik sekeping gambar Nabila bersama anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad yang memegang sebiji kek dengan kapsyen ucapan hari lahir di media sosial beliau.

Sharnaaz menulis ucapan istimewa itu di hantaran terbaru Instagram dengan menitipkan ucapan terima kasih kepada Nabila kerana telahpun menjadi seorang ibu yang terbaik dan cukup istimewa buat anak lelaki mereka berdua.

Tulis Sharnaaz lagi, Nabila merupakan seorang ibu yang terbaik kerana sentiasa membelikan permainan serta membawa Jebat pergi bercuti.

Sharnaaz juga berkata anak lelakinya itu sangat beruntung kerana memiliki seorang ibu yang kelakar dan ‘annoying’, Sharnaaz turut berdoa serta menaruh harapan agar Jebat dapat menjaga beliau serta ibunya sehingga ke akhir hayat.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Sharnaaz tidak ketinggalan untuk memberi ucapan hari lahir kepada Nabila selain memuji tindakan pasangan tersebut yang bersikap profesional dalam membesarkan anak.

Tidak ketinggalan, perkongsian Sharnaaz juga mendapat respon dari Nabila yang turut berterima kasih kepada pelakon ini kerana sering menghargai dirinya. Berikut di kongsikan komen yang di tingg4lkan oleh Nabila di hantaran berkenaan.

Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat kepuutusan untuk berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini di kurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Sumber: ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!