Connect with us

Hiburan

“Hati I yang minat dia mcm h4ncur”- Hairul Azreen

Published

on

World Wide24.com D367056037564b386eddd2ad7d315b3b

Baru- baru ini pelakon dan pengarah Hairul Azreen telah mengejutkan para peminat beliau apabila membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan kerana telah merasa puas menjalani kehidupan sebagai seorang anak seni.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Hairul membuat pengumuman itu ketika menjadi tetamu undangan bagi segmen 3Pagi Era di stesen radio Era yang dikendalikan oleh Azad Jasmin, Radin serta dua penyampai jemputan yang juga bekas penyampai radio era iaitu Linda Onn dan Halim Othman.

Pengarah Ada Hantu itu mendedahkan, kepuutusan tersebut sudah lama difikirkannya. Hairul ingin memberi fokus kepada perniagaan di samping melihat keluarga dan anak-anaknya membesar dengan baik.

World Wide24.com 1ed5ce0990fc376c2cef73c015560407

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris memaklumkan filem Malbatt: Misi B4kara merupakan filem lakonannya yang terakhir.

Tambahan pula dia sudah memberikan sepenuh komitmen sepanjang melakonkan filem aksi walaupun terpaksa berhadapan dengan keced3raan dengan harapan penonton akan lebih menghargai filem aksi tempatan.

Dengan buah tangan terakhirnya menerusi filem Malbatt: Misi B4kara, Hairul turut berharap filem tersebut mampu membuatkan penonton lebih mencintai dan menghargai pengorbanan tentera Malaysia.

World Wide24.com 63b67ace856b29d077fe4169c9770450

Hairul dalam satu temubual yang di kendalikan oleh Amelia baru- baru ini telah mendedahkan satu insiden yang tidak dapat di lupakan oleh beliau sebelum beliau bergelar seorang pelakon. Peristiwa berkenaan berlaku ketika Hairul masih lagi bekerja di sebuah kedai jam tangan di KLIA.

Hairul berkata pada waktu itu, sekumpulan pelakon dalam perjalanan untuk ke Langkawi. Antara beberapa orang artis yang beliau nampak ketika itu adalah Saiful Apek dan Afdlin Shauki.  Hairul juga ternampak seorang artis lelaki yang menjadi idolanya dan meminta untuk bergambar bersama idolanya.

@_luvriss_

Hairul Azreen sebelum menjadi perlakon terkenal. – YT Studio Sembang #hairulazreen #ameliahenderson #studiosembang

♬ original sound – RISS – RISS

Kali pertama permintaannya untuk mengambil foto bersama di layan oleh pelakon berkenaan, namun begitu foto yang di ambil menggunakan telefon bimbit Nokia 6600 itu tidak jelas dan Hairul meminta untuk merakamkan foto buat kali kedua.

Hairul meminta izin daripada artis berkenaan untuk mengambil foto sekali lagi. Bagaimanapun permintaan untuk merakamkan foto buat kali kedua itu di tolak oleh artis berkenaan.

World Wide24.com 0c30ab0958028a76ef242df978f457a9

Susulan insiden berkenaan, setelah dirinya sendiri yang menjadi seorang artis, beliau meletakkan azam untuk tidak melakukan perkara sedemikian kepada para peminat atau orang yang mahu merakamkan foto bersama dirinya.

Insiden itu juga menyebabkan hatinya h4ncur mengenangkan di perlakukan sedemikian oleh seseorang yang pernah beliau jadikan idolanya selama ini.

World Wide24.com C8d47f6699c578dd9ea8a1897b91bbdc

Walaupun insiden di tolak oleh artis lelaki berkenaan masih melekat di ingatan beliau, namun beliau tidak pernah mendedahkan identiti idolanya itu kepada sesiapa pun apatah lagi setelah dirinya bergelar artis.

Malahan artis lelaki yang pernah menjadi idolanya itu pula yang cuba berbuat baik kepada beliau setelah melihat namanya mulai meningkat naik menerusi beberapa filem pecah panggung.

World Wide24.com 6460af0e06438b4c2f8198c3d577efd0

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Hairul Azreen itu. Namun begitu netizen memuji cara didikan Hairul dan isterinya Hanis Zalikha yang sangat lemah lembut melayani para peminat.

Sesetengah individu yang mengenali Hairul secara peribadinya juga turut berkongsi mengenai sikap Hairul yang sangat baik hati dan ramah serta tidak pernah menolak ajakan peminat untuk bergambar. Berikut di kongsikan komen- komen para peminat terhadap temubual Hairul Azreen berkenaan.

World Wide24.com 979d74ffe12923a625ac1008879e350a

Berkemungkinan besar, insiden yang berlaku itu mengajar Hairul untuk membentuk dirinya menjadi seorang yang sangat merendah diri serta tidak s0mbong dengan para peminat yang menyokong beliau selama ini.

Sumber: tiktok luvvriss

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!