Connect with us

Hiburan

“Tokti, hamba Allah paling baik pernah saya jumpa”- Faizal Tahir

Published

on

Sehingga kini aura Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi masih belum boleh di tandingi oleh sesiapa. Sejak dari dulu lagi Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat sentiasa menjadi artis yang menjadi inspirasi buat para peminat beliau baik dalam bidang seni suara mahupun bidang perniagaan.

Tokti memiliki suara yang lunak merdu dan mampu membawakan apa juga ‘genre’ lagu dengan cukup baik. Di sebabkan itu juga lah beliau di gelar sebagai penyanyi nombor satu negara.

Sebelum ini seorang individu pernah menularkan sikap mulia penyanyi tersebut yang membantu beliau dan keluarga sewaktu di Institut Jantung Negara (IJN) apabila Tokti menerusi seorang wakil menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarganya bagi tujuan pemb3dahan.

Individu tersebut juga berkata, sehingga kini dirinya merasa berhutang budi dan ny4wa kepada Tokti di atas bantuan kewangan yang di hulurkan berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di Tiktok, satu video yang memaparkan Tokti menghadiri konsert Faizal Tahir di kongsikan buat tatapan para peminat mereka berdua. Tokti di jemput naik ke pentas ketika konsert berkenaan atas permintaan para peminat.

Tidak mahu mengecewakan pemintaan para peminat, Tokti kemudiannya naik ke pentas untuk menyanyikan lagu bersama Faizal Tahir. Meskipun tanpa sebarang persediaan dan latihan bersama Faizal Tahir sebelum berduet namun suara Tokti tetap memukau para penonton yang hadir.

@kick_kapoor8989

Wajah Siti Nurhaliza merah padam bila FT bongkarkan kebaikan beliau……insan yang patut dicontohi.. #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza

♬ Dirgahayu – Faizal Tahir & Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Semasa di jemput naik ke pentas, Faizal kemudiannya berkongsi serba sedikit mengenai keperibadian Tokti yang cukup menyejukkan hati.

Menurut Faizal, sekiranya beliau melakukan misi kemanusiaan, Tokti adalah antara insan pertama yang akan menghulurkan sumbangan.

Faizal juga menyifatkan Tokti sebagai hamba Allah yang paling baik pernah beliau jumpa kerana tidak pernah berkira dalam soal sumbangan dan sentiasa meminta beliau merahsiakan sumbangan berkenaan daripada pengetahuan orang lain.

Menjengah keruangan komen pula, netizen juga berkongsi cerita mengenai kebaikan Tokti apabila berkata pengurus Tokti iaitu Kak Rozi sebelum ini pernah mendedahkan bahawa setiap bayaran yang di perolehi oleh Tokti akan di asingkan untuk tujuan amal terlebih dahulu. Selebihnya barulah Tokti akan ambil.

Netizen turut memuji selebriti yang banyak menjadi idola orang ramai itu kerana tidak berhenti menyanyi kerana Tokti bukan sahaja menghiburkan orang ramai dengan bakatnya namun Tokti juga turut menggunakan bayaran persembahan yang di terimanya itu bagi tujuan membantu orang lain juga. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Mendengarkan pujian dan kebaikan yang di lakukan beliau di dedahkan oleh Faizal Tahir, Tokti hanya mampu tersenyum. Tak sangka banyak sebenarnya kebaikan Tokti yang di lakukan tanpa pengetahuan orang ramai.

Di sebabkan itu lah keperibadian Tokti yang mulia itu membuatkan dirinya menjadi inspirasi kepada para peminat dan juga masyarakat.

Sumber: tiktok kick_kapoor8989

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!