Hiburan
“Watak ni paling meliat, mengaada, hyperbola segala la” – Netizen

Pasti semua mengenali selebriti serba boleh Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil sebagai Abil kan. Apa sahaja watak yang dibawa oleh Abil pasti akan dijiwai 100%. Kalau berlakon watak penjahat, maka keluar lah segala tanduk Abil. Apabila berlakon watak lucu, maka berdekah-dekahlah tawa penonton. Sememangnya tidak dapat dinafikan bakat hebat anak perempuan Amy Search ini dalam bidang lakonan.
Walaupun baru sahaja berkecimpung dalam dunia seni (tahun 2001), namun Abil sudah pernah memenangi dan sering kali tercalon dalam beberapa anugerah disebabkan oleh bakat semulajadi yang dimiliki oleh wanita ini. Bagi peminat setia Abil, sudah tentu masing-masing sudah mengetahui kebolehan wanita ini dalam bidang seni.
Drama Diva Popular 2 yang kian hari kian popular ini memaparkan artis-artis tanahair yang terkemuka seperti Abil, Tiz Zaqyah, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan dan Ben Amir pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Masakan tidak, gelagat lucu kesemua barisan pelakon berbakat ini sudah pasti berjaya mencuit hati tiap para penonton. Memang drama ini tidak pernah luput dengan adegan-adegan yang lawak. Ada sahaja idea mereka untuk menghiburkan para penonton.
Video pendek yang dikongsikan oleh Abil mengenai sedutan Diva Popular 2 lakonan Erma dan Shawn ternyata berjaya mencuit hati kebanyakan rakan artis Abil dan juga warganet. Apa tidaknya, lakonan Abil dalam drama tersebut begitu lawak sekali.
Tidak hairanlah jika banyak netizen yang memuji watak Erma dan Shawn yang sememangnya ‘overreacting’ dan ala-ala ‘diva’ gitu. Drama Diva Popular 2 ini berdasarkan dari kisah sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita, tapi ianya disampaikan dalam bentuk komedi.
Setelah lebih dari tiga hari semenjak video perkongsian Abil ini dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya, video tersebut berjaya meraih sebanyak 174,634 tontonan daripada pengguna Instagram.
Posting Abil ini juga mempunyai sebanyak 322 komen yang mana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Erma dan Shawn. Rakan artis Abil seperti Catriona Ross turut tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi ruangan komen posting Abil ini.
Memang patutlah Abil menerima pelbagai anugerah kan. Semua watak yang dibawa olehnya benar-benar meletop dan menjadi kegilaan peminat. Harap selepas ini, Abil akan terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi.
Sumber: Instagram Nabila Huda
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
-
Hiburan1 year ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan2 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum2 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Kesian minah dia tkut xde sape peduli, makin tkutkan dia” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Definisi seorang lagenda, meremang bulu roma weh”
-
WOW2 years ago
“Wah lawanya, adore giila kalau dia blh berubah smpai mcm ni” – Netizen