Connect with us

Hiburan

“Drama betul abg ni, pdhal ramai je awek yg nak” – Netizen

Published

on

Erinsakura 3e5f81f62cc2c1f798a64474010a99a6

Tidak dinafikan berita perkahwinan Fizo Omar telah mengejutkan ramai rakan artis dan juga para peminat. Bekas finalis Hero Remaja itu cukup pandai menyimpan rahsia sehingga ramai tidak dapat menghidu hubungan beliau bersama bakal isterinya iaitu seorang wanita kelahiran Sarawak bernama Fazeera. Fizo dan Fazeera selamat di ijabkabul pada 21 Oktober yang lalu di Badaisari Resort, Janda Baik Pahang.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Fizo yang mengunci mulut daripada awal, akhirnya telah memuatnaik beberapa gambar yang memaparkan gambar- gambar sekitar majlis perkahwinan beliau tempoh hari. Fizo juga telah mendedahkan wajah isterinya kepada para pengikut akaun Instagram beliau.

Erinsakura 90f9d07ea39c52ec91e611361599de85

Bermula dengan sekeping gambar yang dikongsikan beliau di Instagram yang memaparkan beliau berbaju melayu putih bersama anak perempuan tunggalnya Maryam dengan caption mengusik rakan- rakannya yang lain yang berstatus duda, Fizo memaklumkan bahawa beliau akan mngalkan kumpulan “Recond” (yang merujuk kepada status duda) yang di anggotai oleh rakan – rakannya itu sambil menandakan beberapa akaun Instagram milik mereka.

Antara akaun Instagram yang di tandakan oleh Fizo itu adalah milik pelakon Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan juga Azlee Khairi. Kesemua pelakon tersebut kini berstatus duda setelah mengalami kegagalan dalam rumahtangga masing- masing sebelum ini.

Erinsakura 0e4a92e5eac3cfef587656d737feb9a3

Menerusi ruangan komen, salah seorang rakan pelakon iaitu Nazim Othman yang merupakan antara sahabat baik kepada Fizo setelah mereka berdua pernah berlakon bersama menerusi drama Pengantin Satu Malam telah mngalkan komen di hantaran berkenaan.

Komen Nazim antara lainnya menyebut bahawa Fizo bertuah kerana beliau kini sudah menemui “pembeli” sedangkan beliau pula di ibaratkan seperti kereta recond yang masih berada di bilik pameran.

Erinsakura 325eb29224ff5e3e33cacba56b7259b4

Terkini di instagram peribadi pelakon Takdir Yang Tertulis itu telah berkongsi satu video lakonan yang memaparkan beliau seolah- olah sedang mengalami perasaan kecewa dan paatah hati apabila mendengar lagu putus cinta.

Video tersebut dimuatnaik dengan caption yang menulis bahawa itulah perkara yang sering dilakukan oleh beliau apabila paatah hati. Di dalam video tersebut, Nazim yang kelihatan kecewa masuk ke dalam bilik mandi dengan berpakaian lengkap dan meluahkan kesedihan beliau semasa sedang mandi.

Sebelum hantaran video berkenaan beliau telah memuatnaik sekeping gambar yang meniru kembali foto- foto majlis perkahwinan sahabatnya Fizo.

Erinsakura 990ab333d9b470d5a18db804caa41e63

Terdahulu, sekitar tahun lalu Nazim pernah menyuarakan hasrat menerusi media sosial mencari jodoh namun sehingga kini beliau masih belum bertemu pengganti. Nazim pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Bella Dally pada tahun 2016 namun jodoh mereka berdua tidak panjang apabila berpisah secara baik pada tahun 2018.

Nazim atau nama sebenar beliau Nushrul Alif Othman juga pernah digosipkan mempunyai hubungan bersama pelakon Fatin Afeefa namun mereka berdua menafikan dan menyifatkan hubungan berkenaan sekadar kawan baik.

Erinsakura Dde933dd2898bb3b2ce03c9e6dd921be

Menjengah keruangan komen, ramai peminat yang berkata mereka merasa terhibur dengan video yang di kongsikan oleh Nazim itu. Rata- ratanya berkata Nazim perlu bersabar sehingga tiba waktu yang sesuai sebelum berjumpa pasangan hidup yang memahami dan sepadan dengan beliau.

Menariknya komen seorang netizen yang berkata Nazim berdrama sedangkan mempunyai ramai peminat wanita menarik perhatian pelakon tersebut. Nazim menjawab bahawa agak sukar buat dirinya untuk mencari wanita yang benar- benar ikhlas terhadap dirinya.  Berikut dikongsikan komen peminat itu.

Erinsakura 014bcddf8c03121879a5b0229ff1b750

Mudah – mudahan Nazim akan bertemu dengan pasangan hidup yang sesuai dengan beliau selepas ini. Adakalanya mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum berjumpa wanita yang sesuai namun bersabarlah Nazim, insyaAllah pasti akan bertemu juga jodoh yang sesuai tidak lama lagi.

Sumber: ig nazim othman

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!