Connect with us

Hiburan

“Anak solehah baik dgn semua org, mak ayah dia mmg pndai ajar anak”- Netizen

Published

on

Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar akhirnya sudah menemui pengganti bekas isterinya Mawar Karim apabila menamatkan zaman duda bersama seorang gadis yang berasal daripada Sarawak iaitu Fazeera Nazri Aziz. Gadis berkenaan yang lebih mesra di sapa sebagai Faz sebelum ini merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan antarabangsa. Tidak hairanlah kejelitaan isteri Fizo Omar itu begitu menyerlah dan menjadi bualan oleh ramai para peminat beliau.

Menurut sumber terdekat, Fizo dan juga Fazeera telah lama berkenalan namun pelakon berkenaan cukup pandai menjaga privasi dan menyimpan rahsia sehingga ramai tidak dapat menghidu hubungan pelakon tersebut dengan wanita kelahiran Sarawak itu.

Fizo pada mulanya tidak mahu berita pernikahan beliau itu dihebahkan di sebabkan itulah, sumber berkenaan mahu pengumuman berita pernikahan itu dilakukan oleh tuan empunya badan sendiri. Fizo dan Fazeera selamat di ijabkabul pada 21 Oktober yang lalu di Badaisari Resort, Janda Baik Pahang.

Sekian lama berahsia mengenai wanita yang berjaya mencuri hatinya namun setelah rasmi bergelar isteri Fizo akhirnya terbuka berkongsi gambar wanita berkenaan menerusi laman Instagram peribadinya.

Terkini Fizo telah berkongsi gambar sekitar majlis perkahwinan mereka di Instagram dengan caption yang berbunyi “Saya sayang awak” membuatkan para peminat teruja dengan perjalanan baru bekas finalis Hero Remaja berkenaan yang kembali bergelar suami.

Pada perkembangan lain, menerusi satu Instagram Cerita Artis Malaysia, telah berkongsi satu video yang memaparkan anak perempuan tunggal Fizo iaitu Wan Maryam atau lebih dikenali sebagai Che Yam dalam kalangan peminat kelihatan sangat manja dan rapat dengan Fazeera ketika Fazeera sedang di solek di hari pernikahan beliau.

Che Yam yang memanggil Fazeera dengan panggilan Mommy pada mulanya hanya melihat Fazeera sedang di solek namun kemudiannya Fazeera memanggil dan memegang tangan Che Yam serta bertanyakan kemahuan si cilik tersebut.

Fazeera sempat bertanya sekiranya Che Yam juga mahu di solek namun kanak- kanak berkenaan hanya menggelengkan kepala. Bagaimanapun Che Yam kemudiannya menciium pipi Fazeera tanda kasih sayang terhadap Mommy barunya itu.

Video asal tersebut pada awalnya telah dikongsikan sendiri oleh Fizo menerusi Instagram story beliau. Pada video asal, Fizo ada menulis bahawa Che Yam kini sudah mempunyai “geng” baru di mana merujuk kepada hubungan antara Che Yam dan juga Fazeera.

Sebagai seorang bapa yang amat menyayangi anak perempuannya, siapa yang tidak berbunga hati apabila melihat anak perempuan tunggalnya itu amat menyayangi Mommy barunya ibarat ibu kandungnya sendiri.

Melihat reaksi netizen di ruangan komen pula, para peminat memuji sikap anak tunggal Fizo iaitu Che Yam yang sangat mesra dan pandai melayani semua orang dengan sangat baik. Bertuah sungguh Che Yam selepas ini menerima kasih sayang yang melimpah ruah daripada ibu dan ayah kandung serta Mommy barunya. Berikut dikongsikan komen para peminat.

“Kita boleh ambil contoh hebat terdekat norman hakim & abby abadi wlupun dah berpisah & berkahwin mereka tetap memelihara ukhuwah 2 buah keluarga demi masa depan anak2. Insya Allah sy percaya fizo & mawar juga bijak demi kebahagiaan & masa depan maryam “ – Netizen

Semoga hubungan yang baru dibina ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan sampai syurga. Suka tengok hubungan Fazeera dan Che Yam. Bukan senang nak cari seorang wanita yang boleh menerima anak bakal suami sebagai anak sendiri.

Bertuah Fizo di pertemukan dengan wanita yang sangat penyayang macam Fazeera. Nampak Che Yam pun sayang sangat dengan Mommy baru dia.

Sumber: ig cerita artis malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!