Connect with us

Hiburan

“Haa geng masuk lagikkk” – Didie Alias

Published

on

Erinsakura 65f84fbcff9f4aa3d0bb23232f236360

Kebelakangan ini, pasti ada sahaja gelagat lucu Didie Alias atau lebih mesra dengan panggilan Mummy yang menjadi perhatian warganet. Masakan tidak, semua video TikTok yang dikongsi menerusi akaun Instagram Mummy kebanyakannya boleh pecah perut warganet kerana ketawa melihat aksi gila-gila mereka. Setiap video Mummy selalunya akan memaparkan artis serta selebriti yang berbeza-beza.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Perkongsian Mummy sebelum ini sering menjadi tontonan hangat bagi para pengguna Instagram yang mana selalunya dipenuhi dengan aksi Mummy dan rakan-rakan artis kononnya sedang menari. Kali ini, Mummy muncul sekali lagi tapi dengan ‘ahli’ yang berbeza namun tahap gila-gila mereka tetap sama.

Erinsakura 0acb1d7043181d2d07b302060a180131

Untuk posting video TikTok kali ini, Mummy dengan rakan artis seperti Mark Adam, Zul Huzaimi, Fizz Fairuz dan Aizat Nazri bersama-sama memeriahkan lagi video rakaman Mummy. Dengan suara latar drama Squid Game yang sangat popular dalam kalangan umum sekarang, sangat padanlah dengan gaya-gaya mereka yang lucu.

Telatah mereka yang cukup mencuit hati itu berjaya menarik perhatian netizen terutama sekali bagi para followers Instagram Mummy. Apa tidaknya, ketujuh-tujuh selebriti ini masing-masing mengeluarkan aksi spontan yang kelakar.

Erinsakura 17b419a8d7525d929bfb8ecf65d79af9

Menurut Mummy menerusi ruangan komen postingnya, rakaman video TikTok ini diambil sejurus selesai rancangan Megalawak Drama King. Rupa-rupanya, ini yang dilakukan mereka disebalik tabir rancangan televisyen tersebut ya. Kahkahkah.

Nasib baik kesemua ‘ahli’ TikTok Mummy kali ini semuanya satu kepala dengannya. Dengan gaya selamba dan bersahaja mereka mempamerkan aksi yang cukup lawak serta menghiburkan. Telatah yang paling mendapat sambutan daripada netizen adalah telatah Fizz Fairuz yang sempat pula berjoget.

Erinsakura Ddcfc68d006e91e6ad8f15b6f7bef9c7

Walaupun sudah sehari yang lepas video ini dikongsikan, namun ianya tetap berjaya meraih sebanyak 7886 tontonan. Rata-rata netizen cukup terhibur dengan ‘persembahan’ di sebalik tabir mereka ini. Mesti keluar air mata penonton melihat aksi spontan mereka ni kan.

“Dia boleh joget pulak ehh..hahahaha..tergelak nengok nye.. Mummy best ar nengok sebab semua layan je…” ujar salah seorang followers Instagram Mummy. Sementara, Mummy serta rakan artis yang lain pula turut tidak ketinggalan untuk mempamerkan aksi lain daripada yang lain.

Erinsakura Afa3c60366332abe1b9e1b3aa05e082e

Patutlah awet muda benar Mummy ni. Rupa-rupanya Mummy ni suka bergurau senda dan membuat lawak bersama-sama dengan geng seangkatan yang satu kepala dengannya. Tidak rugi artis yang rapat dengan Mummy ni kan. Pasti hari-hari tergelak besar.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!