Connect with us

Hiburan

“Bestnya lahir2 abg semua dh besar, mmg blh haraplah”- Netizen.

Published

on

Erinsakura 8804bf54d233e6a0f75a4c1ec48876ee

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti merupakan penyanyi nombor satu dalam negara setelah menempa beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa antaranya telah mengadakan konsert di Royal Albert Hall. Keperibadian beliau yang sangat menjaga penampilannya dengan sentiasa berpakaian sopan dan juga menjaga tingkah lakunya menjadi antara faktor utama mengapa nama beliau masih lagi bertahan dan kekal relevan sehingga ke hari ini.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Di sebalik kejayaan beliau dalam kerjayanya beliau juga tidak terlepas dengan dugaan apabila di uji selama sebelas tahun sebelum menerima kehadiran cahaya mata sulung dalam kehidupan beliau. Penantian Tokti untuk menimang zuriat berakhir apabila melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Erinsakura 5cea395d63b951d584698f218c04702a

Kini Aafiyah sudahpun berusia 3 tahun. Sebagai anak sulung kepada Tokti, Aafiyah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bijak dan petah berkata-kata. Tutur kata Aafiyah juga sangat lembut ternyata menunjukkan Aafiyah dibesarkan dengan baik oleh kedua ibu bapanya.

Aafiyah juga mempunyai media sosial dan jika di amati menerusi Instagram si cilik tersebut, beberapa video turut menunjukkan Aafiyah ada mengenakan tudung. Aafiyah telah diberikan pendekatan dan kesedaran untuk mula bertudung sedari usia yang masih kecil.

Erinsakura D77c96b802c0a7357de3c1cc7fa8054b

Bagus didikan Tokti dan Dato Khalid apabila mendidik anak-anak mengenai tuntutan agama sejak kecil. Para peminat juga mengatakan bahawa Aafiyah mewarisi wajah jelita ibunya itu dan kelihatan sangat seiras dengan Tokti apatah lagi ketika Aafiyah mengenakan tudung.

Keluarga Tokti juga semakin berkembang apabila Tokti mengumumkan telah selamat melahirkan anak keduanya pada 7 Ramadhan yang lalu.  Sebelum ini Tokti pernah mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Erinsakura 06244c498bdbe7010a0e4759c5b9f7af

Umum mengetahui bahawa semasa Tokti mendirikan rumahtangga bersama Datuk Khalid, usahawan itu telahpun mempunyai 4 orang anak lelaki hasil pernikahan terdahulu bersama Tengku Zawyah. Terkini menerusi perkongsian di Instagram yang diwujudkan oleh peminat untuk anak- anak Tokti iaitu babyctdk, kelihatan salah seorang anak tiri Tokti iaitu Asyraf begitu mesra melayani adiknya Afwa.

Asyraf yang juga suami kepada pelakon Tya Arifin telahpun mempunyai dua orang anak hasil pernikahan beliau bersama Tya Arifin kelihatan tidak kekok memangku adiknya Afwa dan melayani gelagat adiknya itu di samping Aafiyah yang turut kelihatan di dalam video berkenaan yang turut memegang tangan Afwa dan melayani adiknya.

Afwa dan Aafiyah dilihat sebagai cukup bertuah mempunyai adik beradik yang sudah dewasa yang mampu menjaga dan melayani mereka dengan baik memandangkan masing-masing juga sudah bekeluarga dan mempunyai pengalaman menjaga anak sendiri.

Erinsakura 109c9b5016a123b6610cbcf2df7aed34

Afwa dilahirkan pada hari ketujuh dimana umat islam menyambut Ramadhan. Nama Muhammad Afwa membawa maksud keampunan dan kemaafan. Bersesuaian dengan bulan kelahirannya itu yang jatuh di dalam bulan Ramadhan iaitu bulan dimana umat islam memohon keampunan dan kemaafan.

Tokti mempunyai hasrat dan harapan yang amat besar buat Afwa. Selain mengharapkan anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin, Tokti juga berdoa agar Muhammad Afwa mampu menghafaz Al-quran dan mampu menjaga beliau serta suami Datuk Khalid apabila sudah tua kelak.

Erinsakura 66816f95bee51b61e31e4ba924b8f410

Menjengah keruangan komen di Instagram berkenaan, rata-rata para peminat dan netizen berkata mereka merasa amat geram melihat pipi Afwa yang gebu dan kemerah-merahan. Ramai berkata yang Asyraf dan Afwa mempunyai raut wajah yang sangat seiras. Berikut dikongsikan komen-komen netizen

Erinsakura 6f9755e9969eb01e6bc07147c9572460

Muka adik beradik itu saling tidak tumpah antara satu sama lain. Walaupun mempunyai hubungan adik- beradik namun Asyraf dan Afwa mempunyai jarak umur yang sangat jauh. Meskipun begitu kasih sayang dan hubungan kekeluargaan antara mereka tetap utuh antara satu sama lain.

Malahan sebagai rekod, Tokti dan juga bekas isteri Datuk Khalid iaitu Tengku Zawyah juga masih mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain. Semasa Tokti sedang berpantang, Tengku Zawyah telah datang menziarahi Tokti dan anaknya Muhammad Afwa.

Erinsakura 11e3f053c3af73703d14d4fcaa364176

Hubungan baik yang terjalin antara Tokti dan Tengku Zawyah cukup memberikan inspirasi buat masyarakat yang kagum dengan mereka berdua kerana mampu mengekalkan hubungan baik dan menjadi contoh tauladan kepada orang ramai.

Sumber: ig babyctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!