Connect with us

Hiburan

“My classmate” – Nabila Huda

Published

on

Erinsakura Bb55e3831e05bda6b0dbb5296f3455ca

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai Nabila Huda atau Abil yang menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menara gading. Dalam video perkongsian Abil, Abil menyatakan bahawa kelas ‘online’ yang dihadirinya itu merupakan kelas terakhir Abil mengikuti pembelajaran secara ‘online’. Selepas itu, kelas Abil akan dihadiri secara bersemuka di Universiti Malaysia (UM).

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Ujar Abil, dia merasa cukup teruja kerana diterima masuk ke dalam UM yang mana merupakan universiti pertamanya. Dengan penuh kerendahan hati Abil menjelaskan bahawa taraf pendidikannya yang tertinggi adalah SPM.

Erinsakura D27e34446febf14f10ac9d58b91c14a1

Namun, pada awal bulan Oktober tahun ini, Abil mengumumkan rasa gembiranya kerana diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Lingusitik, Universiti Malaysia. Keputusan Abil untuk melanjutkan pelajaran walaupun sentiasa sibuk dengan kerjaya sedikit sebanyak telah menjadi inspirasi buat para warganet.

Abil juga pernah mengongsikan jadual kelas bahasa Itali yang dihadirinya sejak 18 Oktober lagi. Abil mengatakan bahawa dia bukan sahaja sibuk dengan aktiviti senaman, namun juga sibuk dengan kelas bahasa Itali ini. Sempat juga Abil meminta kata-kata semangat daripada para followers Instagramnya agar dia terus berjaya dalam hidup.

Erinsakura 242738e39be2f7ee0c137506ce5ae354

Pada 2 jam yang lepas, Abil ada mengongsikan satu lagi fotonya bersama-sama dengan rakan sekelas yang mengambil jurusan kursus bahasa Itali. Abil beserta dengan tujuh lagi rakan sekelasnya kelihatan begitu mesra sekali walaupun hari ini merupakan hari pertama Abil berjumpa dengan mereka.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah Abil semasa dikelilingi oleh rakan-rakan sekelasnya. Jadual Abil yang padat dengan aktiviti ini sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha sekuat-kuatnya. Baru 49 minit yang lalu, sekali lagi Abil memuatnaik fotonya di UM yang baru dalam perjalanan ingin balik ke rumah untuk makan malam dan bersedia untuk ‘online script reading’.

Erinsakura 21c32a918e04a8014cd31cc373190661

Perkongsian Abil ini berjaya mendapat sebanyak 4,465 likes walaupun baru tiga jam yang lalu ianya dimuatnaik menerusi akaun Instagram Abil. Dalam 44 komen yang dapat dibaca, rata-rata netizen turut bergembira dengan perjalanan baharu Abil.

Ramai followers yang menyokong dan memuji semangat serta niat Abil untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Abil.

Erinsakura 49784e84c2f8d51bf69f06a20f1d4a6b

Perjalanan hidup yang dikongsikan oleh Abil ini sememangnya dapat dijadikan inspirasi buat individu di luar sana yang mempunyai keinginan untuk melanjutkan pelajaran tetapi masih belum dapat menunaikan hasrat hati. Tiada yang mustahil jika kita benar-benar mahu menggapai cita-cita kita walaupun hakikatnya kita sudah sibuk dengan kehidupan sehari-harian. Yang penting, kita mahu dan sanggup untuk keluar daripada zon selesa.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!