Connect with us

Hiburan

“Terkenangkan mama kayuh basikal bawa kami ke sekolah” – Fasha Sandha

Published

on

Erinsakura A4a8638ede409fb5ecd7ecd155727810

Ibu ialah seorang insan yang sangat mulia dan perlu dihormati. Pengorbanan mereka bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia ini tidak mungkin akan dapat kita balas buat selama-lamanya. Tugas para ibu tidak pernah berhenti sejak dari hari pertama kita dilahirkan. Ibulah yang menyuapkan makanan, memberikan susu, mendodoikan tidur, mengajar berjalan dan sebagainya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Betapa tingginya darjat seorang ibu disisi islam kerana itulah selayaknya syurga itu berada dibawah telapak kaki mereka. Susah payah seorang ibu untuk membesar dan mendidik anak-anak perlulah mendapat penghargaan yang sewajarnya.

Erinsakura 0c403a81c7e6a7fbd7a37eefbab1303f

Sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijabnya disisi Tuhan. Disebalik kejayaan seorang anak pastinya diiringi doa seorang ibu. Sebagai anak, kita bertanggungjawab untuk meraikan, menjaga kebajikan dan menyantuni ibu kita sepanjang hayat.

Erinsakura 1369a4939a2cb46bb1d4f8169ccb57aa

Bersempena hari ibu sedunia yang jatuh pada 10 Mei, ramai yang membuat ucapan buat ibu masing-masing. Buat pelakon Fasha Sandha, sambutan hari ibu membuatkan dirinya terasa sungguh sebak mengenangkan pengorbanan ibunya dalam membesarkan mereka sekeluarga.

Menerusi muatnaik terkini di akaun Instagramnya, Fasha menceritakan pahit maung perjalanan yang terpaksa ditempuhi oleh ibunya sebagai ibu tunggal.

Coretan panjang lebar Fasha buat ibunda tersayang itu mengundang sebak netizen kerana turut merasai kesusahan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh mereka sekeluarga suatu masa dahulu. Kesusahan itulah yang banyak mengajar Fasha akan erti sebuah kehidupan dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Netizen kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh ibunya. Ternyata Fasha mewarisi semangat dan naluri keibuan tersebut daripada ibundanya.

Netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan selamat hari ibu buat Fasha dan ibundanya di ruangan komen.

Erinsakura 9058ccb4816fcab076bff56b3d94483f

Erinsakura Cc3e837e4cf38105f9df58917293033f

Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tidak mungkin dapat dibalas oleh seorang anak. Meraikan ibu bukanlah hanya tertakluk kepada tarikh tertentu sahaja bahkan kita seharusnya meraikan mereka selama mana kita mampu. Hargailah mereka selagi mereka masih ada bersama kita.

Sumber : fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!