Hiburan
“Tangan Alisa pun dah ikut tangan Daddy” – Netizen
Kecomelan kedua orang anak kepada pelakon aksi Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai rekod, kedua-dua anak kepada pelakon ini pernah memenangi Anugerah Top Meletop Era bagi kategori Si Cilik Meletop. Anak pertama mereka iaitu Yusof Iskandar memenangi anugerah itu pada tahun 2017 manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula memenangi kategori yang sama pada tahun 2020.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Umum mengetahui bahawa anak- anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mempunyai sebilangan pengikut yang besar di media sosial mereka dimana Yusof mempunyai seramai 2.7 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 5 tahun manakala adiknya Alisa Aisyah pula mempunyai seramai 1.5 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 2 tahun.
Jika masih ingat, Hairul Azreen sebelum ini pernah mencuri tumpuan masyarakat apabila beliau membuat lamaran secara terbuka kepada Hanis di atas pentas akhir Gegar Vaganza musim pertama dahulu.
Pasangan selebriti ini bagaimanapun telah selamat mendirikan rumahtangga sekitar bulan Jun 2015 dan kini telahpun dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar pada 2016 dan Alisa Aisyah pada 2019.
Kehidupan pasangan ini dan anak-anak mereka sejak dari awal lagi sering menjadi perhatian para netizen. Sebagai artis dan pasangan selebriti kehidupan peribadi mereka sering menjadi tumpuan orang ramai.
Di samping itu, mereka juga sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial. Menerusi Instagram Hairul dan Hanis, pasangan tersebut juga kerap berkongsi aktiviti harian yang mereka lakukan bersama anak-anak demi tatapan para peminat mereka.
Terkini menerusi Instagram Alisa Aisyah, satu video telah dimuatnaik memaparkan aktiviti mereka sekeluarga. Video yang di rakamkan keluarga berkenaan ketika di dalam kenderaan menunjukkan Hairul sedang menyanyi lagu kegemaran sambil di ikuti oleh kedua- dua orang anaknya yang tidak ketinggalan turut sama menyanyi bersama bapa mereka.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Alisa dilihat turut ingin menyanyikan lagu kegemaran bapanya itu sambil meniru gerakan tangan yang dilakukan oleh Hairul. Tidak seperti abangnya Yusuf yang telah berusia 5 tahun dan pandai menyanyi dengan lancar, Alisa hanya menyanyikan beberapa paatah perkataan yang senang untuk di sebut.
Apabila bapanya menyanyikan beberapa perkataan yang mudah di ingati, Alisa dengan kuat menyebut perkataan tersebut namun kemudiannya hanya berdiam diri apabila selesai menyanyikan lirik berkenaan.
Gelagat Alisa berkenaan mendapat perhatian netizen yang merasa terhibur dengan gelagat lucunya bersama keluarga. Sikapnya yang mudah mesra dan manja sering membuatkan warganet merasa geram dengan kecomelan kanak- kanak berkenaan. Ramai yang memberikan komen mengenai kecomelan Alisa yang tidak mahu ketinggalan untuk turut menyanyikan lagu kegemaran Hairul itu. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet buat Alisa.
“Dia punya “one day” tu paling all out walaupun tu je yg sempat nk ingt hahahaha “ – Netizen
“bukan main lagi Alisa…. ok lah tu, ngape kelaut nya? org x puji mr hubby kita, kita puji lah apa pun Alisa terbaik Abang pun” – Netizen
Keletah dan gelagat Yusof dan Alisa yang comel dan bijak sering mencuri tumpuan para peminat kepada pasangan ini. Kehidupan pasangan ini juga sering menjadi inspirasi kepada pasangan yang telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam mendidik anak- anak serta berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi.
Sumber: Instagram alisa aisyah
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen