Connect with us

Hiburan

“Mmg terbaik lakonan Mak Yek, direktor buat keputusan tepat” – Netizen

Published

on

Erinsakura 6553d596ac65570f61cdc8f94150e240

Kejayaan sesebuah filem itu pastilah dapat dilihat dari jalan cerita itu sendiri dan pembikinan yang menarik bagi menarik minat para penonton untuk terus melihat filem atau drama tersebut. Bukan itu sahaja, tidak dapat dinafikan bahawa pelakon-pelakon juga memainkan peranan yang penting bagi menjayakan sesebuah filem dan drama agar watak yang diberikan dapat disampaikan kepada para penonton dengan baik oleh seseorang artis tersebut.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Siri drama di slot Samarinda yang kini ditayangkan di TV3 ini sudah menjadi bualan ramai sejak ia mula bersiaran pada bulan Mei yang lalu. Drama dari adaptasi novel yang bertajuk Cukup Derita Ini telah menjadi satu fenomena sehingga membawa kepada lanjutan yang lebih panjang dalam drama tersebut dan kini ditayangkan sebagai musim kedua.

Erinsakura 857559040a1a7b386b3cbf468204524d

Didie Alias yang memegang watak berat sebagai Mak Yek ini telah dipuji ramai dengan kejayaannya membawa watak tersebut dengan baik sekali. Jika dahulu dia lebih mesra disapa dengan nama panggilannya Didie, tetapi kini panggilan Mak Yek telah menjadi sinonim dengan dirinya sehingga tidak mampu dilupakan oleh para penonton.

Drama Cukup Derita Ini juga turut dibintangi oleh nama-nama besar pelakon lain seperti Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Cuplikan video dari dalam drama tersebut telah menarik ramai peminat untuk mngalkan komen pada video yang telah dimuatnaik oleh Didie di laman Instagramnya itu.

Erinsakura B88636a794d6d718dbb875cb70148dc3

Keseruan dan keterujaan para peminat drama ini setelah melihat cuplikan video tersebut dapat dilihat diruangan komen apabila ramai diantara mereka yang memuji bakat Didie Alias yang memegang watak sebagai Mak Yek di dalam drama tersebut. Memang ngeeri melihat Mak Yek sedang mengaamok sehingga melumurkan cili kepada orang yang menceritakan perkara burok tentang dirinya.

Mereka turut memuji pengarah kepada drama tersebut iaitu Along Kamaludin yang telah berjaya menghadirkan barisan artis hebat bagi drama Cukup Derita Itu dan menghiburkan para pencinta drama tanah air.

Erinsakura D6537bdd461f4f1f6ce58776af70fac1

Malah ada yang mengatakan ketika melihat Mak Yek berlakon di dalam drama tersebut seolah-olah seperti kejadian yang berlaku di depan mata dan bukan hanya semata-mata di layar kaca televisyen sahaja.

Erinsakura 41b42ac2ccb96b40a3f55a83077ffb75

Dengan itu telah terbukti bahawa bukan para hero dan her0iin sahaja yang memegang watak penting bagi kejayaan sesebuah filem atau drama tersebut, tetapi pelakon-pelakon sampingan lain juga membawa peranan mereka masing-masing untuk menyampaikan jalan cerita tersebut kepada penonton dengan baik dan bagus.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!