Connect with us

Umum

“Tak semestinya yg sulung akan penuhi apa yang ibu bapa dia nak” – Netizen

Published

on

Erinsakura 7dbd13e7aaf5aeccd4825481b3253b8d

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sebolehnya ibu bapa mahu anak-anak mereka punyai masa depan yang cerah melalui pendidikan yang mereka terapkan pada anak-anak mereka. Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya jatuh dalam kehidupan. Tetapi kita sebagai ibubapa juga harus membenarkan anak-anak kita untuk memilih jalan mereka sendiri demi masa depan mereka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Terutamanya anak sulung, pasti masih ada lagi ibu bapa yang menganggap peranan mereka dalam menjaga keluarga adalah lebih besar dan harus pelajari segalanya untuk menjadi seorang ketua keluarga yang berwibawa dan bertanggungjawab. Begitu jugalah yang diharapkan oleh ayah seperti Dato Aliff Syukri iaitu seorang usahawan berjaya, terhadap anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Erinsakura 0cc90b636e5cb275ea0fb53cfb2e1c40

Ammar Ahyan selalu dilihat sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapanya di dalam instagram ibu dan bapanya. Berusia 12 tahun pada tahun ini, bapanya mengharapkan beliau dapat menjaga dan mewarisi legasinya satu hari nanti walaupun Ammar berada pada usia yang sangat muda.

Menurut Dato Aliff dalam kapsyen beliau, Dato’ Aliff memuji anaknya itu yang bersifat matang dan berfasih bahasa English. Namun, beliau akui anak sulungnya itu lain dari anak-anak beliau yang lain kerana Ammar adalah seorang yang pemalu, sensitif dan agak malu berdepan dengan kamera.

Dato Aliff juga katakan beliau kadang kala stress kerana tidak tahu bagaimana hendak menjadikannya anak sulungnya itu seorang yang hebat kerana beliau bakal mewarisi apa yang Dato’ Aliff usahakan sekarang.

Sesetengah netizen agak tidak bersetuju dengan permintaan Dato’ Aliff terhadap Ammar Ahyan dan menganggap setiap manusia punya minat sendiri dan tidak boleh dipaksa-paksa. Mereka juga berpendapat, anak sulung tidak semestinya akan turutkan apa yg ibu bapa mahukan kerana setiap anak itu punyai kelebihan mereka masing-masing.

Erinsakura 5c12873a46189b02c197b342136da041

Benar kata netizen. Kita sebagai ibubapa tidak harus mendesak anak itu menyukai dan ikuti apa yang sudah tersedia untuk mereka. Kadang kala mereka punyai sifat ingin tahu yang tinggi dan mahu pelajari dan alami sendiri pengalaman jatuh bangun mereka daripada menerima sahaja apa yang sudah disediakan oleh ibubapa mereka.

sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!