Connect with us

Hiburan

“Tak sejuk ke, Mat Saleh pun pakai tutup elok je” – Netizen

Published

on

Hai lah adik manis ni… Nampak macam kebal betul dia… Gamaknya dah memang selesa sebegitu. Pun demikian ramai pulak netizen yang tengok naik hairan. Di saat orang lain di sekelilingnya pakai elok tertutup termasuklah warga tempatan di sana, selebriti internet, Kasih Iris Leona pula dilihat ‘terbuka’ dan nampak ‘sejuk’ saja dengan busana sebegitu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Melihat perkongsian videonya, orang di sekeliling memakai baju elok tertutup seperti cuaca pun sedang agak dingin. Tapi Leona macam rileks saja ya…

Melalui latar belakang lokasi dia mengambil foto solo dan bersama rakan-rakannya nampak seperti sedang berada di kota Eropah.

Menjengah perkongsian di maya juga khabarnya Leona sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK). Agaknya dia berada di situ dan sekitarnya.

Apa pun tahan betul tubuh Leona, hinggakan netizen yang melihat pulak susah hati dengan melahirkan kerisauan di ruangan komen hantarannya itu.

“Insecure plk tgok yg lain2 smua okai sweter full tapi dy too open”, “Kenapa tak nak pakai bju tutup elok. Kawan elok je pakai bju tertutup. Panas sgt ke kt sana?”.

“Mat saleh pon pakai tutup elok ja..”, “knape dia tak sejuk”, “Alamak ketiak hitam cemana boleh confident pakai baju takde lengan ye”, “Xsejuk ke syg oi..”.

Itu antara komen netizen. Sudah pasti Leona sudah imun dengan cuaca di situ. Jadi macam mana pun boleh je adaptasi dengan perubahan cuaca kan…

Walaupun ramai netizen menegurnya sejak beberapa ketika dahulu hingga kini kerana gemar tampil dengan imej didakwa s3ksi, ia tak jadi hal buatnya.

Seperti selebriti lain yang ada jawapan tersendiri apabila dipersoal perkara itu, Leonapun tentu ada jawapannya sendiri. Memang kebal luar dalam betul Leona…

Sumber: IG Kasih Iris Leona

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!