Connect with us

Hiburan

“Muka diaorang blur betul, nak gelak takot kena maarah haha” – Netizen

Published

on

Kalau lihat kebiasaan seseorang individu itu selalu tampak garang dan tegas, mereka di sekeliling pun boleh ‘serram sejuk’ dibuatnya. Takut silap sikit tak memasal kena ‘sembur’ dengannya pulak.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Barangkali itu yang dirasakan pasangan peserta program realiti televisyen, Famili Dua, Sharif Zero dan Syaiful Zero ini. Tengok saja reaksi wajah mereka ini.

Nampak cuak betul mereka berdua apabila juri program, Mas Idayu atau biasa dengan gelaran Mummy melontarkan pandangan terhadap persembahan mereka.

Komen Mas Idayu pada mereka sebaik persembahan, ‘hidup perlu ada wawasan, untuk jadi yang terbaik. Jadi tak jadi belakang kira. Yang penting konfiden’, katanya.

‘Nyanyi kena clear dan bagi orang faham’ tambah Mas Idayu lagi. Begitupun komen wanita itu disambut sorakan penonton gamaknya dek berbunyi lucu.

Mana taknya, Mas Idayu menggunakan bahasa ‘ala Terengganu’. Mahu tak tercengang sekejap Sharif dan Syaiful yang mana berasal dari Sabah.

Bunyi percakapan Mummy pula dikatakan dan macam telo pelawak, Joey Daud yang kini popular dengan gelaran Daud M. Tergelak netizen jadinya.

Ramai memberikan komen yang Syarif dan Syaiful pun pasti nak tergelak sama dengar nasihat Mas Idayu itu tapi risau takut kena m4rah sebab Mummy garang.

“Joey Daud kena tanggungjawab, m0mmy yg garang pun dah terikut”, “Muka diaorg blurr btl, nk gelak tkt kna mrh, hahaha”, “mummy dah terjangkit dengan Daud M”.

“for the first time aq gelak dgr komen mummy”, “Serious tak jangka, Ingatkan nak maarah, sekali kena pengarvh Joey”, “Kalau cam ni kan org nak lah tgk tau tak. Bukan jerit2.”.

Itu antara komen netizen. Hebat penangan Joey sampai Mummy yang terikut pun boleh buat netizen geli hati. Persembahan Syarif dan Syaiful kali ini dikatakan antara yang baik.

Sumber: IG TV3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!