Connect with us

Hiburan

“Tak saakit ke kena tolak kat lantai, bedebak bunyi dia” – Netizen

Published

on

Ah Ghisauuu..nasib Baik Kepala Xkena Bucu Meja Dik Oiii Netizen

Kalau tak s4ktt hati tengok ‘si botak’ ni belasah Emma Maembong, memang tak ada perasaanlah namanya. Mana taknya dengan mimik muka dan wataknya yang antag0nis, dibantainya pula si Emma sampai jtuh terlentang kawan tu, kita yang menonton ni pun rasa geram kaaum Hawa diperlakukan semikian rupa yang tidak seharusnya ia dilakukan oleh seseorang yang bergelar lelaki.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Biarpun hanya sedutan di belakang tabir aksi lakonannya, ramai yang memberikan maklum balas bahawa lakonan Emma dan pelakon lelaki, Talha Harith itu sememangnya in character hingga mengusik emosi netizen.

IMG 20211219 135859

 

Sudah namanya pun pelakon, nampaknya Emma dan Talha berjaya membawakan karektor, hingga berjaya menghidupkan watak hingga raman netizen memuji di hantaran yang dikongsikan Emma.

Yelah… ramai geram Zafran (Talha) yang asyik berani membelasah Hayla (Emma) dalam drama disiarkan TV berbayar itu. Tak kurang juga yang geram kerana menyifatkan watak sedemikian juga lumrah dalam realiti semasa masyarakat.

Ema2

Ada pula yang prihatin dengan Emma dengan menanyakan sama ada wanita itu s@kit atau tidak ditolak hingga ‘segedebuk’ sedemikian rupa seperti dikongsikan dalam hantaran terbaharunya di IG nya. Menariknya persoalan itu dijawab sendiri oleh Emma.

Balas Emma, beliau tidak menafikan ‘s4kit sikit ada la’. Coretnya, tetapi sebagai seorang pelakon, beliau sudah biasa berdepan perkara sedemikian. Ya, selain Emma, Talha juga mendapat pujian, tahniah pada kedua-duanya.

Ema6

Selepas lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, nama Emma menjadi terkenal selepas itu. Walaupun hanya berlakon sebagai watak sampingan, beliau tetap mendapat tempat di hati peminatnya, salah satunya disebabkan wajahnya dikatakan kelihatan seperti Pan-Asia.

Pernah menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya. Nampaknya, sekarang beliau telah cuba membuktikannya.

WhatsApp Image 2021 12 18 At 16.44.19

Talha atau nama sebenarnya, Talha Harith Amir pula dikenali menerusi lakonannya yang mendapat reaksi positif dan mencapai populariti seperti Juvana, Setia Hujung Ny4wa, Menjinak Ombak dan banyak lagi.

Dikhabarkan, selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Talha juga bekerjaya sebagai seorang pensyarah yang mengajar asas lakonan. Namun, disebabkan minat mendalam dalam bidang lakonan, jadi beliau lebih ke arah berlakon. Patutlah tak kurang hebat…

Sumber : Ig Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!