Connect with us

Hiburan

“Baru 13 tahun dah tinggi dari Datin Shahida” – Netizen

Published

on

Setiap anak akan melalui proses tumbesaran mengikut kesesuaian umur. Ketinggian dan berat sering diambil kira dalam tumbesaran mereka kerana dari situlah kita boleh tahu jika mereka mendapat cukup zat dan vitamin dari makanan harian mereka. Perkara ini penting kerana kita tidak mahu anak kita membesar dalam keadaan dimana tubuh badannya kurang menerima zat dan vitamin yang mencukupi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Kita sudah kenali isteri usahawan terkenal Dmato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida. Beliau sering dilihat seorang yang sangat rendah diri dan ibu yang penyayang kepada 6 orang anaknya.

Datin Shahida selalu dilihat bersama anak-anaknya dan walaupun beliau kelihatan lemah lembut tetapi sebenarnya beliau adalah seorang ibu yang tegas.

Sebagai ibu, Datin Shahida juga mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Termasuklah menjaga pemakanan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat.

Baru-baru ini, Datin Shahida berkongsi gambar anak sulungnya iaitu Ammar Ahyan yang telah mencecah umur 13 tahun tahun ini.

Dalam gambar yang dikongsi Datin itu, terlihat ketinggian Ammar sudah melepasi ketinggian ibunya. Ibunya pula masih kekal cantik seperti anak dara.

Sangat jarang kita melihat seorang anak yang baru memasuki alam remaja sudah tinggi melebihi ibubapa mereka. Terbukti bahawa Datin Shahida dan Dato’ Aliff telah memberi makanan yang tinggi zat dan vitamin untuk anak-anak mereka.

Netizen juga teruja melihat Ammar yang dahulu masih kecil tetapi sekarang sudah tinggi seperti orang dewasa. Ramai yang memuji Ammar yang baru sahaja 13 tahun tetapi sudah melepasi ketinggian ibunya.

Sebagai ibu bapa kita harus berbangga dengan apa sahaja pencapaian anak-anak kita. Dengan itu, mereka akan rasa dihargai dan akan lebih menyayangi kita. Untuk perkembangan semasa Datin, sekarang Datin sekeluarga sedang berada di Turki termasuklah dengan Bonda Rozita iaitu ibu mertuanya.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!