Connect with us

Hiburan

“Tak pernah jadi permaisuri tapi pernah jadi puteri”- Netizen

Published

on

63242D5A 8F3C 45B2 B541 A4875751A496 Scaled

Masih ingat dengan pelakon lejen suatu ketika dulu sering menghiburkan kita semua dengan bakatnya yang hebat dalam lakonan dan juga nyanyian. Kebanyakan artis lain sentiasa mencari kelainan untuk terus kekal, sebaliknya penyanyi dan pelakon pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi pula lebih selesa hanya kekal tenang, posiitif dan mengikuti arus. Sebagai seorang yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam industry hiburan, Amy sedar pasang surutnya dalam karier seni merupakan perkara sinonim buat artis yang sudah meningkat usia sepertinya.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Amy berkata, beliau merasa sangat bersyukur dengan apa dimilikinya sekarang. Walaupun melalui fasa kurang aktif namun nama beliau masih kekal relevan dan di terima oleh perminat. Buat Amy, sekiranya ada tawaran berlakon dan menyanyi, beliau akan terima namun jika tiada duduklah di rumah.

D2526C8F C882 4E77 B721 C502F03A5FDB

Masih ingat dengan filem puteri impian lakonan Amy mastura. Puteri Impian merupakan filem yang mulai mengangkat nama Amy Mastura dalam dunia lakonan. Puteri Impian ialah filem komedi romantik arahan Aziz M Osman.

Ianya mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis yang berangan-angan untuk merasai pengalaman menjadi seorang “puteri” selama sepuluh hari dalam sebuah rancangan realiti TV.

262472B3 DD8E 4CE4 9163 39B7F4EC777D

Menurut Aziz M Osman, filem ini ditujukan khas kepada Puteri Diana, yang meningg4l dunia tidak lama sebelum filem ini ditayangkan. Malahan kejayaan filem Puteri Impian pertama pada tahun 1997 membuatkan filem berkenaan di susuli filem Puteri Impian 2 pada tahun 1998.

Amy Mastura sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi teraju utama di dalam filem berkenaan di samping pelakon lain seperti Cico Harahap dan Hairie Othman. Sudah pasti filem tersebut sedikit sebanyak telah menaikkan nama Amy mastura.

Seperti yang kita kenal Amy mastura seorang yang sangat periang happy go lucky dan kelakar. Mungkin sebab perwatakan dia seperti itu memberikan Amy aura awet muda.

Tidak di mamah usia artis Amy Mastura nampak kekal muda bertenaga seperti dulu walaupun sudah menjangkau umur lewat 40an.

5D90809A 7966 4211 B891 ED2212A537DD

Menerusi perkongsian terbaru Amy seperti dia sedang bercuti ataupun berkerja di brunei tetapi nampak dia sangat muda kan still kelakar macam dulu. Sempat lagi tu buat lawaak nak ambil wuduk dalam tu.

812B9F2D 399F 46AD A0C8 544453F41528

Amy sempat buat buat gaya seperti tengah berwuduk dengan gelagatnya yang spontan itu juga telah menghiburkan ramai peminatnya dan waiter tersebut.

Netizen juga memberi pendapat walaupun tidak menjadi permaisuri tetapi pernah jadi puteri kan. Ramai juga memuji Amy Mastura kekal muda dan ramai yang terhibur dengan lawak spontan Amy mastura.

702C6460 3CB9 436E 87CA 3F6423ABF298

Amy Mastura nampaknya masih aktif berlakon dan masih kekal kuat seperti dulu. Kekal cantik dan paling best sentiasa tampil muda kan. Amy juga pernah ada peminat yang ramai dulu lantaran suaranya yang merdu dan bakat lakonannya. Semoga Amy mastura kekal sihat berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi.

Artikel ini disediakan oleh
Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!