Connect with us

Hiburan

“Tak boleh tengok orang senang, Aliff Syukri ni dengki tau” – Datin Shahida

Published

on

Kehidupan keluarga usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sering kali mendapat perhatian orang ramai. Sebagai seorang yang dikenali, mereka juga mempunyai para peminat setia mereka tersendiri yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada mereka sekeluarga. Disamping aktif melalui medium media sosial, mereka juga mempunyai saluran youtube sendiri iaitu TV Terlajak Laris.

Menerusi saluran youtube itulah kehidupan mereka sekeluarga di paparkan sebagai tontonan kepada para peminat. Sebagai usahawan, mereka juga turut menggunakan medium sosial media sebagai medium untuk promosi produk, memberikan motivasi serta peluang perniagaan kepada orang ramai.

Hampir 13 tahun mendirikan rumahtangga, Dato’ Aliff dan Datin Shahida kini telahpun mempunyai 6 orang anak. Sebagai sebuah keluarga yang besar, mereka sekeluarga sememangnya mempunyai hubungan yang baik bersama para pekerja. Layanan mereka kepada para pekerja sudah seperti keluarga sendiri.

Datin Shahida khususnya begitu rapat dengan para pembantunya kerana sering bersama-sama menguruskan anak serta memasak untuk keluarga. Para pekerjanya juga adakalanya terlibat sama secara tidak langsung dalam mempromosikan produk keluaran syarikat mereka.

Datin Shahida memuatnaik video terkini diinstagram untuk mempromosikan tudung keluaran syarikatnya bersama 3 orang lagi pekerjanya. Datin berlakon ceria sambil bernyanyi dan menari. Berada bersama ketika merakamkan video tersebut ialah Datuk Aliff Syukri serta anak-anak untuk melihat rakaman itu.

Teringat ketika Datin menganggotai kumpulan nasyid Solehah dulu apabila melihatkan aksi Datin. Mungkin Datin pun sudah rindu untuk membuat persembahan.

Tak senang duduk melihat gelagat ceria Datin bersama pekerja merakamkan video, Datuk Aliff datang menyakat mereka dengan meminta Datin untuk mendukung Raudhah.

Perkongsian tersebut mencuit hati netizen yang geli hati dan turut sama terhibur melihat gelagat Dato’ Aliff dan ragam mereka sekeluarga yang kuat mengusik di antara satu sama lain. Rata-rata netizen turut menyukai promosi yang ditampilkan kerana mempunyai unsur kelakar dan ceria.

Sekali sekala jika membuat promosi dengan bernyanyi dan menari sebegini semestinya membuatkan iklan akan lebih menarik. Datin Shahida juga mempunyai pengalaman sebagai penyanyi jadi nampak tidak kekok dan iklan sebegitu sesuai dengan dirinya.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!