Connect with us

Hiburan

4 tahun bersama, Wan Najdi umum keluar dari UNIC

Published

on

UNIC ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia dan merupakan diantara peserta yang telah berentap menerusi program Gema Gegar Vaganza (GGV). Kumpulan nasyid ini merupakan rakan seangkatan kepada Inteam, Mestica dan juga Ae-man yang turut bernaung dibawah Hijjaz Records Sdn Bhd. Hampir 17 tahun menapak dalam industri nasyid, nama UNIC masih lagi bertahan kerana sokongan para peminat setia mereka.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Muncul sebagai juara program Gema Gegar Vaganza (GGV) musim pertama, kumpulan ini di anggotai oleh 3 orang ahli iaitu Bazli, Fakhrul dan Najdi. Kebanyakkan lagu-lagu nasyid kumpulan ini mudah diterima ramai terutamanya golongan muda. Lagu dan mesej yang mereka bawakan berbentuk nasihat dan kerohanian. Antara lagu-lagu yang popular UNIC ialah Ainul Mardhiah, Zinnirah dan Hanya Tuhan Yang Tahu.

Disebalik populariti kumpulan ini, sejak daripada awal penubuhan UNIC lagi ahli kumpulan ini dilihat sering bertukar ganti. Bagai sudah menjadi tradisi dan seperti yang diduga, ahli UNIC sekali lagi berubah apabila Najdi atau nama sebenar Wan Najdi b. Wan Mohd Noh membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Melalui perkongsian beliau di Instagram, beliau mengumumkan untuk mngalkan kumpulan UNIC bagi meneruskan kerjaya beliau sendiri. Berita tersebut sangat mengejutkan para pengikut Instagram beliau serta peminat UNIC khususnya.

Keputusan tersebut dibuat kerana impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu susulan tiada jemputan untuk membuat persembahan. Kata beliau lagi, beliau perlu menyara keluarga dan membuat keputusan tersebut demi kebaikan bersama.

Ada diantara netizen yang bagai sudah dapat meneka keputusan Najdi tersebut dan mereka mendoakan yang terbaik buat Najdi. Segelintir peminat juga turut mengharapkan agar Najdi kembali semula bersama kumpulan UNIC kerana terasa kekurangan dengan pengunduran beliau.

Sudah pasti Najdi telah memikirkan sedalamnya mengenai perkara ini sebelum beliau tekad untuk menyuarakan hasrat tersebut. Semoga keputusan yang diambil oleh Najdi ini adalah keputusan yang terbaik untuk keluarga dan masa depan beliau. Sama-samalah kita doakan.

Sumber : Instagram wannajdi

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!