Connect with us

Hiburan

Sambut hari lahir buat kali pertama, sebak tengok Hamzah c1um ‘Ayah’

Published

on

Pemergian arwh Abam Bocey pada bulan Februari yang lalu bukan sahaja dirasai oleh rakan seperjuangan dalam industri hiburan malahan turut dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Arwh yang merupakan seorang pelawak dan merupakan salah seorang ahli kumpulan Bocey di samping Fad dan Achey sentiasa menghiburkan masyarakat dengan kisah lawak serta gelagat beliau yang suka bergurau.

Turut tular adalah mengenai kisah kebaikan yang telah dilakukan oleh beliau sama ada secara terang mahupun sembunyi. Netizen juga tersentuh hati dengan sikap pemurah beliau yang gemar menghulurkan bantuan kepada anak yatim dan insan yang memerluukan.

Sebagai anak sulung lelaki, Arwh Abam sentiasa menjaga kebajikan ibunya dan adik beradik yang lain. Masyarakat cukup mengagumi layanan beliau buat ibunya yang disifatkan sebagai seorang anak yang taat dan menyantuni ibunya dengan penuh lemah lembut.

Terdahulu arwh Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhir beliau di kediamannya pada 10 Februari yang lalu akibat dem4m panas. Arwh mngalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang masih kecil bernama Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey.

Muatnaik terkini di media sosial isteri arwh abam iaitu Hidayah, berkongsikan sambutan hari lahir pertama anaknya di akaun Instagram. Pada 14 Jun 2020 genaplah setahun usia buah hati kesayangannya itu. Menerusi caption di Instagram beliau, hidayah mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya disamping mendoakan anaknya menjadi seorang anak yang soleh apabila dewasa kelak.

View this post on Instagram

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

Para peminat arwh abam serta pengikut akaun Instagram Hidayah turut memberikan ucapan selamat hari lahir buat Hamzah namun rata-ratanya meluahkan rasa sebak apabila melihat Hamzah menc1um gambar arwh ayahnya.

Ternyata pemergian insan sebaik dan semulia hatinya sepertimana arwh Abam, memberikan pengajaran buat kita semua untuk diinsafi, dihayati dan dicontohi. Mudah-mudahan Hidayah juga terus kekal tabah dan kuat untuk membesarkan satu-satunya amanah tinggalan arw4h iaitu Hamzah.

Sumber : hidayah_abam

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!