Connect with us

Hiburan

“Muka macam bibik nyonya lah” – Netizen

Published

on

Bella Astillah kini sedang melalui minggu-minggu terakhir kehamilan. Usia kandungan Bella kini sudahpun mencecah 36 minggu. Tidak lama lagi anak sulung Bella iaitu Mohamad Ayden Adrean juga akan bergelar abang. Terdahulu, setelah membuat pengakuan mengenai status dirinya yang telahpun merujuk kembali bersama Aliff, Bella turut mengumumkan yang beliau kini hamil anak kedua.

Walaupun pengakuan Bella itu sangat mengej0tkan orang ramai namun para pengikutnya memberikan sokongan terhadap keputusannya kerana sedar keputusan yang dilakukan Bella itu adalah demi kebaikan anaknya.

Sebelum ini Bella pernah memaklumkan bahawa tarikh jangkaan beliau bersalin adalah sekitar bulan 7. Terasa cepat sungguh masa berlalu dan baby bump Bella juga kelihatan semakin membesar. Seiring dengan pembesaran bayi dalam kandungan, muka Bella juga nampak tembam dan berisi.

Walaupun sedang sarat mengandung, Bella masih lagi aktif dengan membuat beberapa review produk di Instagram beliau. Menerusi entri terkini, beliau berkata dirinya pernah berhadapan dengan komen-komen negatif daripada netizen yang mengatakan mukanya seperti bibik dan nyonya. Sudah menjadi lumrah buat wanita mengandung mengalami beberapa perubahan pada bentuk fizikal dan kulit mereka.

Menurut beliau lagi, biasanya beliau akan mengambil tindakan untuk menyekat para netizen yang melemparkan komen sebegitu kerana bagi beliau, semua orang yang dilahirkan mempunyai keistimewaan dan kekurangan tersendiri dan lebih baik bersyukur dengan apa yang ada.

Bella juga tidak bersetuju netizen mengaitkan rupa yang kurang cantik itu ibarat seperti bibik dan nyonya dan menganggp perbuatan tersebut sebagai merendah-rendahkan orang

Rata-rata para pengikut beliau bersetuju dengan caption yang ditulis Bella dan menganggap netizen yang melemparkan komen sebegitu kerana mempunyai akhlak yang kurang baik. Tambahan pula, diri Bella kini sedang mengandung oleh itu wajarlah Bella mengalami beberapa perubahan pada dirinya dan perkara tersebut adalah normal buat wanita hamil.

Sabar lah Bella. Agaknya individu yang tulis komen sebegitu kerana mereka tidak merasa dan melalui pengalaman mengandung barangkali. Abaikan sahaja kata-kata negatif orang. Yang penting kandungan Bella sihat dan dipermudahkan untuk proses kelahiran nanti.

Sumber : bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Cite Syok. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!