Connect with us

Hiburan

“Tahniah Bell, kau nangis aku pun nangis wei, pelawak pun ada perasaan kan” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 20c220ee69f61a626ab559ea58d47447

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan anugerah berprestij yang sering kali ditunggu oleh setiap peminat saban tahun. Anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1987 ini merupakan anugerah yang di berikan berdasarkan kepada undian para peminat yang mengiktiraf penggiat seni tanah air. Malah, artis yang tercalon dalam setiap kategori adalah merupakan hasil usaha keras peminat yang mengundi.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Buat peminat setia, mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan artis kesayangan mereka untuk memenangi pelbagai kategori yang di pertandingkan dalam anugerah ini.

World Wide24.com 42e4ab54294735f3c631c7c61d2771e6

Pencalonan Bell Ngasri dalam bagi kategori Artis Komedi Popular bersama-sama Johan, Zizan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran tahun ini telah mengundang perhatian warganet.

Pencalonan Bell Ngasri mula mendapat perhatian warganet memandangkan dia ‘selebriti senior’ yang tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

World Wide24.com B4c68c1ae44be1a1ec14a67e18ed1e19

Siapa sangka pelakon yang di kenali ramai menerui watak Barkoba itu akhirnya berjaya meloloskan diri ke TOP 5 anugerah berkenaan setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni.

Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berjaya menempatkan diri sebagai lima calon pemenang bagi anugerah Artis Komedi Popular, ABPBH yang ke-35 pada tahun ini bersama beberapa nama besar yang lain.

World Wide24.com 30c9692f6e61479d3883dc52c8e46d6b

Pencalonan Bell mendapat perhatian warganet apabila dia dikatakan tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni. Ramai yang menzahirkan harapan mahu melihat Bell Ngasri meraih kemenangan bagi kategori Artis Komedi Popular.

Menerusi perkongsian di Instagram kool101my, satu video temubual bersama Bell Ngasri di konti radio telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Semasa temubual di jalankan, penyampai radio kool fm iaitu Haiza kelihatan sedang menahan sebak apabila Bell bercerita mengenai ibunya yang sentiasa memberikan sokongan buat beliau dan adik beradiknya yang lain yang menceburi bidang seni sejak di usia muda.

Dedah Bell, ibunya sudah 5 hari bersedih kerana merasa terharu dan sebak setelah mendapat tahu bahawa beliau tercalon sebagai TOP 5 kategori Artis Komedi Popular ABPBH 35 pada tahun ini.

World Wide24.com F540b8e87d6bed05624bb96f25a9f620

Bell juga meluahkan rasa syukur beliau apabila buat julung kalinya di calonkan dalam kategori berkenaan. Ujar beliau lagi, dirinya tidak menganggap pencalonan berkenaan sebagai isu besar memandangkan selama ini beliau menjadikan bidang seni sebagai bidang mencari rezeki.

Bell juga berkata bidang lakonan merupakan bidang untuk beliau dan adik beradiknya Darling dan Ann selama ini mencari rezeki dan menyara kehidupan. Walaubagaimanapun beliau bersyukur akhirnya di berikan peluang merasai pengalaman tercalon sebagai TOP 5 di anugerah berkenaan.

World Wide24.com 47c233f0fba7678b0137412fa5374e91

Menjengah keruangan komen, Yana Samsudin yang merupakan salah seorang rakan artis turut menulis komen menceritakan mengenai didikan keluarga Bell yang menerapkan disiplin yang tinggi kepada anak anak semasa di set lakonan.

Tambahan lagi ketika masih kecil lagi Bell dan adik beradiknya sudahpun menghafal skrip dan tidak mempunyai masalah disiplin.

Para ibu yang mempunyai anak berlakon pastinya akan turut menghabiskan masa di set penggambaran membantu anak, mengajar anak berlakon dan menjaga konti.

World Wide24.com 28b3c997bfac7a2fff6da22ca922da7d

Oleh itu, tidak hairan lah ibu Bell merasa sangat terharu dengan pencalonan Bell. Yana juga turut memberikan penghargaan kepada ibu Bell dan mendoakan supaya rezeki berpihak kepada Bell tahun ini.

Sementara itu, netizen lain juga turut menyokong dan mendoakan kemenangan Bell untuk kemenangan sebagai artis komedi popular pada tahun ini dan antara komen- komen lain yang di tulis oleh netizen pula adalah seperti berikut.

World Wide24.com 0abfbed79e17b26b6704f36b76870561

Nama Bell Ngasri mula menjadi bualan sejak akhir-akhir ini apabila menjayakan watak sebagai Barkoba, seorang lelaki yang malas puasa dalam telemovie 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid. Melalui telemovie itu juga, ayat tagline ‘Yak Yak Yeay’ menjadi sinonim dengan Bell sehingga ke hari ini.

Sumber: ig kool101my

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!