Connect with us

Hiburan

“Laki dia yang over suka, muka bini ishhh sabo je la dalam hati” – Netizen

Published

on

Tiada yang pelik apabila setiap kali tibanya hari ulang tahun perkahwinan, suami akan memberikan hadiah buat si isteri. Antara dihadiahkan sudah pasti sesuatu yang menjadi kesukaan insan tersayang itu lazimnya berkait dengan kewanitaan seperti bunga, barangan kemas dan seumpamanya. Begitupun tak semua wanita sama. Seperti hadiah diberikan pelakon, Hairul Azreen buat isteri cantiknya, Hanis Zalikha ini.

Sebijik motosikal dibawa di depan mata Hanis sebagai hadiah hari perkahwinan mereka. Siap dibawa masuk dalam rumah lagi… Terdahulu, Hairul memanggil-manggil isterinya yang ketika ini berada di tingkat sebelah atas rumah.

Kelihatan perlahan-lahan Hanis turun dari anak tangga dengan reaksi wajah tersenyum sambil mulutnya sedikit terlopong apabila melihat hadiah tersebut sambil suaminya mengucapkan kata ‘Surprise….’ padanya.

Tampak wajah Hanis gembira tetapi dalam keterpaksaan menerima hadiah tersebut. Siap Hairul menghulurkan topi keledar buatnya lagi. Mesti tak sangka yang suami tersayang memberikan hadiah itu.

Apa pun pada akhirnya, Hanis tetap menaikkan kedua-dua ibu j4ri tangannya sebagai tanda suka dengan pemberian tersebut. Dalam pada itu, ramai pula netizen menebak ‘teori’ di sebalik hadiah diberi.

Tak sangka Hairul akan memberikan hadiah motosikal sebegitu buat Hanis yang dilihat gamaknya menyukai sesuatu yang lebih feminin, mereka menebak nampak Hairul yang lebih menyukai motosikal tersebut.

“Laki die yg over suke . Muka bini ishhh sabo jela dlm hati. Happy anniversary korg”, “skrg ni yg paling happy siapa hairulazreen ?”, “Ni tok diri sndr ni bang”, “Hahah mcm hadiah untuk diri sendiri jer”.

“Alahhhh.. padahal nak helmet tu kan? sbb ayang x kasi beli, dia beli la moto kasi ayang. klu naik moto kan kena pakai helmet.. so berjaya la rancangan tu.. moto dapat, helmet idaman pn dapat. hahahhahahah akaiiii jenuhhhhhhh”. Itu antara komen netizen.

Bijak Hairul kan? Bukan sahaja hadiah diberikan boleh digunakan oleh isterinya seorang, dia pun dapat manfaat sekali. Bijak… bijak…. Ramai ke suami fikir dan buat macam ni juga?

Apa pun kira dapat jugalah berjimat beli hadiah untuk diri sendiri juga kan??? Bila dah naik kuda besi ni biasanya akan lebih merapatkan hubungan suami isteri. Lebih romantik gitu bila selalu erat bersama…

Sumber : IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!