Connect with us

Hiburan

“MasyaAllah, gebunya comel macam Abang Bilal juga” – Netizen

Published

on

Pasangan selebriti dan usahawan Neelofa Mohd Noor dan juga suaminya pndakwah bebas Haris Ismail membuat pengumuman rasmi menerusi media sosial bahawa mereka telahpun selamat menimang cahaya mata kedua merek pada hari selasa yang lalu sekitar jam 10.45 malam. Anak kedua Neelofa itu yang merupakan seorang bayi lelaki kini dalam keadaan sihat.

Pengumuman yang di kongsikan oleh Neelofa menerusi Instagram story itu antara lain meluahkan harapan beliau sebagai seorang ibu supaya anak keduanya itu membawa keberkatan kepada keluarga mereka.

Beliau juga mendoakan supaya bayi lelaki berkenaan menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna kepada agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Neelofa juga memohon doa orang ramai untuk anak keduanya itu agar membesar dengan baik dan cerdas, di beri kesihatan  dan umur yang panjang.

Sebagai seorang ibu bapa yang sudah mempunyai dua orang cahaya mata, Neelofa juga berharap untuk mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkan kedua dua orang anaknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat Neelofa, satu hantaran gambar yang memaparkan Neelofa dan PU Riz bergambar kenangan bersama doktor dan bayi kedua mereka telahpun di kongsikan buat tatapan para peminat.

Gambar yang di kongsikan itu di tutup dengan emoji berbentuk hati berwarna biru namun begitu, kulit bayi berkenaan yang putih gebu masih lagi dapat di lihat.

Ada seorang individu yang berkata bahawa kulit gebu anak keduanya itu mirip sekali dengan kulit anak sulungnya Muhammad Bilal ketika masih bayi.

Mengintai keruangan komen, rata rata peminat mengucapkan tahniah di atas kelahiran berkenaan. Peminat juga mendoakan Neelofa dan anaknya itu di berikan kesihatan yang baik.

Bayi kedua Neelofa itu merupakan seorang bayi lelaki. Kini anak sulungnya Muhammad Bilal sudah mempunyai kawan untuk bermain bersama. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Sepertimana anak sulungnya Muhammad Bilal sebelum ini, Neelofa berkata,  nama anak keduanya bakal di kongsikan dengan para peminat setelah 7 hari kelahiran nanti.

Sumber: ig lofa.redland

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!