Hiburan
“Suka tgk pasangan mcm ni, xde acah2 konon takut nak pegang tgn”- Netizen

Imran Aqil merupakan seorang bekas finalis hero remaja yang kini bergelar penyampai radio hot fm. Baru- baru ini penyampai radio itu telahpun selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pempeng4ruh media sosial, Dahlia Rizal hanya dengan sekali lafaz setelah mengikat tali pertunangan selama setahun. Majlis pernikahan pasangan pengantin berkenaan berlangsung di di Ayer Keroh, Melaka.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Imran dan Dahlia dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Nordin yang berwakil wali bapa pengantin perempuan, Ahmad Rizal selepas mengikat pertunangan selama setahun.
Di majlis tersebut, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan namun, nilai wang hantaran dirahsiakan.
Imran atau nama sebenarnya, Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin berkata, dia bersyukur majlis pernikahan bersama isterinya berlangsung dengan lancar seperti dirancang.
Imran yang juga adik kepada pelakon Nabil Aqil serta anak saudara pelakon Syafiq Kyle ini turut menyerahkan tiga dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas lima dulang.
Pasangan itu mengulang siar beberapa hantaran di Instagram Stories selain berkongsi foto genggaman tangan bersama-sama selepas selamat dinikahkan malam tadi.
Di media sosial, peminat pasangan itu turut berkongsi rasa gembira melihat kedua-duanya akhirnya bersatu sebagai pasangan suami isteri.
Menerusi satu perkongsian di Instagram seorang individu yang di percayai rakan kepada pasangan pengantin memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat pasangan pengantin semasa sesi bergambar di atas pelamin.
Di ruangan kapsyen, individu berkenaan juga mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin serta menitipkan beberapa perkongsian berbentuk nasihat mengenai amanah dan tanggungjawab dalam rumahtangga.
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen berkata mereka gembira melihat pasangan yang kelihatan sangat secocok antara satu sama lain itu akhirnya di ijabkabul sebagai pasangan suami isteri.
Di dalam video yang di kongsikan dapat di lihat, pasangan mempelai memberikan kerjasama yang baik kepada jurukamera yang ingin merakamkan momen indah mereka sebagai pasangan suami isteri.
Gelagat pasangan pengantin yang natural dan tidak kekok antara satu sama lain juga di puji netizen. Mereka memaparkan reaksi wajah yang bersahaja untuk sesi bersalaman.
Netizen membandingkan pasangan pengantin ini dengan pasangan lain yang pernah tular kerana kekok untuk bersalaman. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Nasihat yang di titipkan oleh individu berkenaan di ruangan kapsyen juga sangat menyentuh hati sehingga netizen juga memuji kata- kata nasihat yang di tulis oleh individu tersebut.
Sumber: ig ziha ramli
-
Hiburan4 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan5 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum5 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Hensem anak apek, pengantin pompuan tu dh mcm muka syuhada ex wife Hafiz Rosdi tu” – Netizen
-
Hiburan4 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan2 years ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen