Hiburan
“Suami ckp dgn hadirnya Haider dan Sefhia adalah hadiah plg bermakna buatnya”- Kak Lina
Kehidupan Elly Mazlein atau kini lebih mesra di kenali sebagai Kak Lina kelihatan semakin bahagia dan gembira setelah melangsungkan pernikahan keduanya tahun lalu bersama seorang guru geografi yang berasal daripada Kelantan dikenali sebagai Cikgu Azlan. Beliau bersyukur kerana Cikgu Azlan sangat memahami kerjayanya dan menerima anaknya Putri Sara Sefhia seperti anak sendiri.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Kak Lina sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang pengarah drama pada November 2014. Namun jodohnya bersama pengarah drama itu tidak panjang dan mereka berdua akhirnya memutuskan untuk bercrai hanya setahun selepas berkahwin. Hasil pernikahan itu Kak Lina dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Sara Sefhia.
Terdahulu, bekas pengacara rancangan hiburan Lagu Cinta Kita itu pernah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selama 3 tahun dan membesarkan anaknya sendirian dengan bantuan bapa setelah kehilangan ibu sekitar bulan Mei 2014. Semasa melalui fasa bergelar ibu tunggal, kegigihan Kak Lina untuk membela nasib anaknya telah meruntun hati banyak pihak.
Namun kini, kisah pahit dalam kehidupan pelantun lagu Dusta Cinta tersebut sudahpun sekian lama berlalu dan Kak Lina kini sedang menjalani kehidupan baru yang sangat bahagia bersama Cikgu Azlan. Meskipun pada awalnya Kak Lina mengakui mempunyai keraguan terhadap suaminya itu kerana perbezaan usia yang ketara namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh suaminya itu telah berjaya memenangi hati Kak Lina.
Hampir setahun lebih hidup bersama, dua hari yang lalu Kak Lina telahpun selamat bersalin seorang bayi lelaki hasil pernikahan bersama Cikgu Azlan. Kehadiran bayi lelaki berkenaan yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan telahpun melengkapkan lagi keluarga mereka.
Berkongsi gambar terbaru bayinya di Instagram, Kak Lina telah mencoretkan ucapan selamat hari lahir yang istimewa buat suaminya. Menurut Kak Lina, suaminya cukup gembira dengan kehadiran Haider dan Sefhia malahan bagi suaminya itu anak- anak merupakan hadiah yang paling bermakna pada hari lahirnya.
Kongsi Kak Lina, jika selama ini anaknya Sefhia hanya mengenali 2 orang lelaki dalam hidupnya iaitu Atuk serta Papa namun kini hadir seorang lagi lelaki iaitu adiknya Haider Mateen dalam kehidupan mereka terutama anak perempuannya itu. Kak Lina tak lupa memanjatkan kesyukuran di atas kurniaaan tersebut.
Kak Lina juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana sudi menjaga beliau sepanjang tempoh mengandung sehingga bersalin. Bercerita lanjut mengenai pengalaman bersalin kali kedua, kata penyanyi dan pengacara itu lagi proses kelahiran Haider Mateen sangat mudah dan berjalan lancar.
Sebagai seorang suami yang sangat penyayang, Cikgu Azlan juga tidak lupa membacakan surah Yasin buat Kak Lina dan turut memaklumkan beliau beberapa potongan ayat quran serta doa untuk memudahkan urusan isterinya itu bersalin.
Sebelum ini, Kak Lina juga sering memuatnaik gambar dan video yang menunjukkan suaminya sedang mengajar dan melayani anaknya Sefhia. Almaklumlah sebagai seorang guru pastinya suaminya itu sudah biasa berurusan dengan anak-anak. Cikgu Azlan juga tidak kekok mengajar Sefhia dan menyayangi Sefhia sepertimana anaknya sendiri.
Hantaran terbaru Kak Lina di Instagram itu dihujani ucapan tahniah oleh rakan artis dan juga para pengikut akaun Instagram beliau. Rata- ratanya gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Kak Lina.
Para peminat yang telah lama mengikuti kehidupan Kak Lina rata-ratanya melahirkan rasa kesyukuran kerana Kak Lina telah menemui seseorang yang begitu menyayangi mereka sekeluarga dengan tulus ikhlas. Peminat juga mendoakan agar kebahagiaan yang sedang Kak Lina nikmati ini berkekalan selamanya.
Selamat berpantang di ucapkan buat Kak Lina. Kak Lina kini pastinya sangat bahagia kerana sudah memiliki sepasang anak lelaki dan anak perempuan.
Terdahulu, Kak Lina pernah menarik perhatian para peminatnya apabila berkongsi satu hantaran di Instagram yang memaparkan gambar yang menunjukkan dua buah katil untuk anak- anaknya. Kedua- dua katil berkenaan masing – masing berwarna merah jambu dan biru sekali gus membuatkan para pengikutnya membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.
Sumber: ig iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen