Connect with us

Hiburan

“Sorry Tokti baju ni big no no, finishing lipatan depan tu macam tak siap” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 9925fe7afdaaf1aa4f315a0fa140db90

Baru-baru ini penerbit dan komposer terkenal dunia iaitu David Foster telah mengundang penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyertai beliau bersama beberapa rakan penyanyi dari negara yang lain dalam konsert David Foster and Friends Asia Tour 2023.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti dalam kalangan peminat beliau mengakui berasa sangat teruja dan terharu di atas undangan berkenaan.

Meskipun mempunyai pengalaman yang luas mengadakan konsert sebelum ini, namun undangan daripada komposer terkenal berkenaan membuktikan pengiktirafan komposer tersebut terhadap bakat yang di miliki oleh Tokti.

World Wide24.com 5c568858c0cf079b496c185fb4610d9f

Di dalam konsert tersebut, Tokti menyanyikan lagu The Power of Love nyanyian asal oleh Celine Dion. Bagaimanapun secara spontan, David kemudiannya meminta Tokti menyanyikan sebuah lagu ciptaan beliau sendiri iaitu All By Myself. David turut memuji kelunakan suara Tokti dalam konsert berkenaan.

Lebih manis pada konsert itu apabila David mengiringi sendiri persembahan Siti Nurhaliza ketika menyanyikan lagu daripada album terbaharunya, SITISM berjudul ‘Sehebat Matahari’.

World Wide24.com 717daf09053b695d6487a05335600f8c

Lebih 15 lagu karya David dipersembahkan pada konsert selama dua jam itu antaranya When A Man Loves a Woman, Beauty and the Beast, If Ever You In My Arms Again, Can You Stop The Rain dan Cry Me A River.

Konsert berkenaan turut menampilkan barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allref, Katharine McPhee dengan kesemua mereka menyanyikan lagu hit sentuhan magik komposer dari Kanada itu.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, Tokti berkongsi gambar busana yang di sarung oleh beliau ketika menjayakan konsert bersama David Foster tersebut.

Dua keping gambar yang di muatnaik oleh penyanyi tersohor berkenaan memaparkan Tokti menyarung busana berwarna kelabu.

Hantaran tersebut telah menerima sebanyak 9976 tanda suka dan 251 komen daripada para netizen.

Bagaimanapun menjengah keruangan komen, para peminat kurang berkenan dengan baju berwarna kelabu yang di pakai oleh penyanyi kesayangan mereka itu.

Beberapa komen yang di tulis oleh para peminat kebanyakannya mengkritik baju tersebut. Ada yang menyamakan baju berkenaan seperti baju butik pengantin lelong, baju yang di hantar kepada tukang jahit di taman perumahan dan bermacam macam lagi kritiikan netizen terhadap baju tersebut.

World Wide24.com 3c001344838050df359c0a467c2325d0

Para peminat juga kelihatan tidak berpuas hati dengan pereka fesyen baju tersebut kerana memberikan baju yang kurang menarik dan kurang kemas kepada penyanyi kesayangan mereka.

Malahan ada netizen yang meningg4lkan komen yang agak kasar kerana sebagai penyanyi tersohor, Tokti perlu pandai bergaya dan tidak melakukan kesilapan dengan salah memilih baju untuk persembahan yang bertaraf antarabangsa itu. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap baju Tokti itu.

World Wide24.com 65829b8b0b517e9d8f7f1c8cc65b4e23

Yang penting Tokti dah buktikan bakat nyanyian beliau serta turut membanggakan nama Malaysia apabila di jemput oleh David Foster ke konsert berkenaan.

Mungkin selepas ini Tokti perlu lebih peka dengan busana rekaan pereka fesyen dan kehendak para peminat dalam pemilihan baju untuk membuat persembahan apatah lagi untuk persembahan bertaraf antarabangsa dan membawa nama Malaysia.

Sumber : ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!