Connect with us

Hiburan

“Sorry Ahad ni TV saya xde channel TV3” – Netizen

Published

on

Erinsakura 216cf64d17ec30b70f21c0712381fe6b

Program I Can See Your Voice merupakan sebuah program hiburan yang berasal daripada Korea Selatan. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para penonton dan sehingga kini telahpun bersiaran selama empat musim. Program I Can See Your Voice menampilkan Sean Lje dan Shuk Sahar sebagai pengacara pada musim ini manakala Jihan Muse, Fad Bocey serta Alif Satar menjadi panel penyiasat tetap. I Can See Your Voice bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Menerusi instagram TV3, stesen televisyen itu berkongsi sekeping gambar terbaru salah seorang selebriti media sosial yang dijemput menjadi penyiasat jemputan ke program berkenaan pada episod yang akan disiarkan pada hari ahad ini. Selebriti media sosial yang dijemput tersebut adalah Caprice atau nama sebenar beliau Ariz bin Ramli.

Erinsakura 43b054371fd3609d49c733dff072fd0f

Nama Caprice dikenali kerana kejayaan beliau dalam bidang perniagaan serta menghasilkan applikasi Classruum. Beliau sering dijemput memberikan ceramah motivasi buat golongan anak muda yang menjadikan beliau sebagai inspirasi mereka untuk berjaya. Beliau yang juga merupakan seorang penyanyi rap pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti “Koyak” dan “Baby Sayang” berduet bersama pelakon Mira Filzah.

Keperibadian beliau dalam memberikan pengaaruh yang baik kepada golongan anak muda membuatkan dirinya menjadi ikutan anak muda. Beliau juga sering diminta oleh para pengikutnya untuk mengulas isu hangat yang sering diperkatakan dalam negara. Para pengikut akaun Instagram beliau sehingga kini telah mencecah sebanyak 1.8 Juta.

Erinsakura F0a38807ea1d7ae9a99182bfee06071f

Bagaimanapun dalam tempoh seminggu yang lalu, nama Caprice pula sedang hangat diperkatakan kerana isu yang tular mengenai misi beliau ke G4za. Caprice membuat tindakan mengejut kerana telah menegur dan mendedahkan mengenai isu lain yang timbul melibatkan Ustaz Ebit Lew semasa beliau menjalankan misi keamanan kesana.

Walaupun penjelasan telah diberikan daripada kedua-dua belah pihak namun sehingga kini isu berkenaan belum reda dan masih lagi diperkatakan oleh para netizen kerana impak yang sangat besar terhadap kedua-dua nama yang cukup menjadi inspirasi dalam negara iaitu Ustaz Ebit Lew dan Caprice sendiri.

Erinsakura C51503f07259c2026b7030fb3c4a0b61

Disebabkan isu yang sedang tular itu, gambar Caprice yang dikongsikan menerusi instagram TV3 menjadi penyiasat jemputan dalam program berkenaan telah menerima beberapa komen yang agak kurang wajar.

Netizen juga seolah-oleh melepaskan geram terhadap gambar yang dikongsikan di Instagram TV3 tersebut dengan memberikan pelbagai alasan tidak mahu menonton episod I Can See Your Voice minggu ini hanya kerana Caprice adalah salah seorang panel penyiasat jemputan.

Sehingga kini gambar yang dikongsikan itu telah menerima 11,900 ribu tanda suka dan 1219 komen daripada para netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju apabila TV3 menjemput Caprice sebagai penyiasat jemputan dalam program tersebut.

Berikut dikongsikan pula beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen sebagai alasan mereka kerana tidak mahu menonton rancangan tersebut minggu ini.

Erinsakura Fc927233fa672f879e2690a64553a302

“Ramalan cuaca esok malam hujan lebat ribut petir sepanjang malam..siaran tergendala..mak pesan tv kena ttp time hujan..takpela..layan shopee..paydays sales..jgn lpskan peluang..byk discount esok..” – Netizen

Erinsakura A44276f9d9b635b58e30e824425a6a18

Di fahamkan rancangan I Can See Your Voice ini telah dirakamkan lebih awal iaitu sekitar beberapa bulan yang lalu sebelum insiden yang tular mengenai selebriti media sosial itu bersama Ustaz Ebit Lew ini berlaku.

Sumber : tv3 malaysia

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!