Connect with us

Hiburan

“Kwn2 ni kalau dah selesa, semua cerita luah. Dari situ tau kelemahan tp jgn la buat live” – Nubhan Ahamad

Published

on

Nubhan Ahamad merupakan seorang penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia musim ke enam. Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu sudah agak lama bertapak dalam industri seni dan mempunyai beberapa lagu popular seperti Ada Untukmu dan Oh Juwita. Beliau juga baru-baru ini telah menghasilkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana berjudul Sekali Lagi.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana oleh para peminat, telah menerima dugaan hebat apabila hubungan persahabatan beliau bersama sahabat lamanya iaitu Lan Solo dan Syura telah diuji. Lan Solo dan Syura dikhabarkan telah mengadakan sesi “live” Instagram bersama beberapa rakan yang lain meluahkan rasa kurang berpuas hati mereka terhadap Nana.

Isu berkenaan kian hangat diperkatakan dan mendapat perhatian meluas netizen. Nubhan yang pernah menyanyikan lagu duet bersama Nana telah memuatnaik beberapa keping gambar Nana menerusi Instagram dan memberikan pandangan peribadinya terhadap pertelingkah4n antara rakan duetnya Nana bersama sahabat baik Nana sendiri iaitu Syura dan Lan Solo.

Menurut Nubhan, beliau merasa sangat kasihan dengan perkara yang menimpa Nana kerana tidak menyangka isu dalam persahabatan mereka boleh sampai ke tahap saaman menyaaman. Nubhan secara peribadinya berpendapat dalam hubungan persahabatan perg4duhan dan bersuara lantang adalah perkara biasa.

Malahan dirinya sendiri juga pernah melalui fasa bergduh dan berbaik bersama rakan-rakan. Bukan sahaja boleh berbaik malahan boleh bercuti bersama-sama. Proses berbaik dan berg4duh akan sentiasa berlaku dalam bersahabat. Nubhan dan isterinya juga sangat rapat dengan Nana.

Kongsi Nubhan lagi beliau bersama rakan-rakan juga sentiasa akan berlaku sesi perg4duhan ketika makan bersama memandangkan adakalanya rakan-rakan akan berebut untuk mengelak daripada sesi membayar makan.

Isu sebenar bukanlah kerana tiada duit namun dek kerana sudah memahami perangai masing-masing maka beliau melayankan sahaja gurauan rakan-rakan.

Nubhan turut menambah apabila sahabat baik sudah selesa maka mereka akan meluahkan segala kelemahan dan sifat gil4-gil4 diri mereka masing-masing namun Nubhan menegur tindakan individu yang membuat sesi “live” di Instagram menceritakan mengenai perihal rakan.

Bagaimanapun Nubhan juga tidak mahu mengulas panjang isu tersebut kerana beberapa individu yang dimaksudkan juga merupakan rakan-rakan seperjuangan beliau dalam industri.

Sebelum mengakhiri perkongsian beliau di hantaran tersebut, Nubhan juga menyarankan rakan-rakan beliau itu agar saling bermaaf-maafan. Buat Nubhan sendiri, beliau berkata siapa yang salah atau siapa yang betul tidak menjadi isu, kerana pastinya semua orang akan membuat kesilapan masing-masing. Apa yang lebih penting apabila semua orang mengambil pengajaran daripada kesilapan tersebut.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat Nubhan dan mahu melihat hubungan sahabat baik itu berdamai. Peminat turut merasa sedih dengan perkara yang telah berlaku terhadap persahabatan antara Nana, Lan Solo dan Syura.

“Allah dah tunjuk sape kwn sape bkn..apepun nana dah boleh elak dr kwn cm ni,,mmg tak menangkn sesape..tp bila dlm live mengumpat tu..bg 1 malaysia npk..tu dah mmg tahap terok baq hang,,” – Netizen

“Boto tu. Memasing dh jadi mak bapak org.. Kwn dh bertaun² tp mmg xsodap la bilo nk mengato kengkawan sampai kek live ig… Pehtu kito bilo bekawan, jgn donga ckp oghang lain, pecayo bulat2…kito dh kwn lamo ptt dh tau peel semasing…

Kono ado ghaso pecayo kek kwn tu… Kok nk kepastian poie tanyo dopan² boto ko apo yg dio donga tu… Jgn la copek buek kesimpulan… Kok peminat² soal yg bkn² tu jgn lak amik ati… Kok bukan kwn yg back up kwn, xkan nk haghap muusuh lak do…” – Netizen

Sedihnya hubungan persahabatan daripada zaman mula-mula menyanyi sebagai artis remaja dahulu musnah selepas berpuluh tahun. Sedangkan dulu masa kenal masing-masing masih muda remaja lagi. Hanya sebab sedikit salah faham sampai nak saaman menyaaman.

Semoga pihak-pihak yang terlibat boleh lah menerima teguran dan nasihat daripada Nubhan yang juga salah seorang rakan terdekat mereka ini dengan hati yang terbuka. Para peminat pun nak tengok mereka semua berdamai.

Sumber : ig nubhan ahamad

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!