Connect with us

Hiburan

“Allahu sebaknya, bergegar suara pak cik ni” – Netizen

Published

on

Ketinggian adab ialah cerminan peribadi individu. Dalam Islam, menjaga adab adalah perkara yang penting untuk kita sentiasa amalkan. Dengan menjaga adab, akhlak yang mulia dapat dibina dalam diri setiap individu. Maka, betapa pentingnya untuk kita semua mempunyai adab yang baik sesama manusia. Namun, ada juga sebahagian individu yang kurang menjaga adab dan lebih ‘selesa’ bertutur dengan bahasa kasar tanpa memikirkan perasaan individu lain.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang influencer yang juga merupakan usahawan dikenali sebagai Carl Samsudin telah meninggikan suaranya kepada salah seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Tindakannya telah menimbulkan kecaman hebat daripada netizen sehingga netizen menganggapnya seorang yang biadap dan tidak menghormati warga emas. Beberapa selebriti tempatan juga menegur tindakan pengasas butik Bella Ammara itu di posting Instagram mereka secara terbuka.

Malah salah seorang selebriti popular, Fedtri Yahya baru-baru ini telah memuatnaik video menunjukkan temubual bersama warga emas berkenaan. Dengan tenangnya, Warga emas yang digelar Pak Cik itu hanya sekadar mengucapkan terima kasih dan tidak sesekali melenting serta memarahi tindakan Carl.

Raut wajahnya juga jelas kelihatan sedih dan hanya memberitahu bahawa dirinya tidak mahu membalas apa-apa malah menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir tuhan.

Kata-kata yang diungkapkan warga emas itu ternyata meruntun hati netizen selepas melihat video posting tersebut. Rata-rata memberikan sokongan yang positif dan menzahirkan perasaan simpati terhadap peristiwa yang menimpa warga emas berkenaan.

Posting Fedtri Yahya telah menerima tontonan sehingga mencecah 2 juta dan ribuan komen daripada netizen serta rakan-rakan artis. Ramai netizen meluahkan perasaan sedih menerusi ruangan komen dan ada juga berniat untuk menyalurkan sumbangan buat warga emas berkenaan.

Semoga kita semua ambil iktibar dari kejadian yang berlaku. Dan menjaga adab ketika bercakap sememangnya sangat penting untuk mengelakkan seseorang terasa hati. Kan?

Sumber: Instagram Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!