Connect with us

Hiburan

“Patutlah aku ciium Syeriv pagi2 buta busuk nak mmp0s, hanyir gilaa” – Syatilla Melvin

Published

on

Menjadi ibu bapa ini bukanlah senang. Kadang kala kehendak dan keperluan anak perlu dipenuhi. Menjaga anak juga bukan boleh dijangka lebih-lebih lagi anak-anak yang masih kecil. Kadang kala mereka akan sukar untuk tidur mengikut masa atau tidak mahu makan apabila diberi. Apabila mereka lapar betul-betul barulah mereka teringat untuk makan. Mana kan tidaknya, otak mereka sedang berkembang jadi mereka selalunya menjadi aktif untuk bermain sehingga lupa untuk makan.

Seperti kita kenali pasangan pelakon, Sam Shaheizy dan Syatilla Melvin sangat suka melayani anak-anak mereka dan netizen suka melihat kerenah mereka didalam sosial media mereka. Walaupun mereka sedang mempromosi produk jualan mereka, kadang kala mereka selitkan kerenah-kerenah keluarga kecil mereka di dalam ig masing-masing.

Keluarga kelakar ini sering hiburkan netizen dengan lagat kerenah mereka. Tidak kira anak ataupun mak bapak. Sam sering dilihat suka melayani anak-anaknya dan baru-baru ini, isteri Sam, Syatilla berkongsi sebuah potongan video dari cctv rumah kediamannya berkenaan suaminya itu dan anak lelaki mereka.

Dilihat di dalam video tersebut, Sam sedang melayani anaknya itu yang sedang lapar ditengah malam. Menurut Syatilla, dua beranak itu bangun puukul 3 pagi dan makan telur separuh masak dan disebabkan itu, anaknya Syeriv berbau hanyir seperti telur apabila Syatilla menciiumnya di pagi esoknya.

Di dalam ruangan komen, suami Syatilla, Sam itu menerangkan bahawa anaknya itu mahu makan telur dan dia hanya menemani anaknya itu. Netizen sangat terhibur membaca kapsyen Syatilla dan mengatakan mereka seperti peribahasa bapak borek anak rintik.

Seronok melihat keluarga Sam Shaheizy dan Syatilla Melvin. Mereka juga sering dikenali sebagai keluarga yang lasak. Mengikuti perkembangan Syatilla, beliau sedang mempromosikan produk terbaru beliau dan adik beradiknya iaitu Kekasiih Kosmetik.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Facebook

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!